Di saat seluruh mata orang politik dan aktivis tertumpu kepada kes mahkamah dua pemimpin besar Pakatan Rakyat hari ini, kesempatan itu digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan.
Difahamkan turut berlaku pergelutan antara penduduk dan beberapa aktivis pelajar dengan pihak berkuasa ketika mereka berusaha mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.
Antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.
Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.
Dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga aktivis mahasiswa ditahan pihak polis setakat ini ekoran tindakan mereka mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.
Antara yang ditahan termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan aktivis Mahasiswa, Abdul Muqit Muhammad dan Khairol Najib Hashim.
Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Sentul bagi diambil keterangan.
Sebelum ini beberapa kali cubaan dibuat pihak DBKL untuk merobohkan kediaman penduduk di sini namun dihalang oleh penduduk, ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat.
Bagaimanapun hari ini, ramai di kalangan mereka terlibat memberi sokongan kepada dua kes mahkamah melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peluang itu dilihat digunakan sepenuhnya pihak berkuasa Kuala Lumpur untuk meneruskan hasrat mereka merobohkan kediaman penduduk di kampung Chubadak Tambahan lapor HarakahDaily
Kalau semua pemimpin PR sibuk di Istana Kehakiman.. mana pulak perginya Ibrahim Ali dan PERKASA agaknya?
Katanya dulu “Perkasa amat serius melihat perkara ini kerana kawasan ini tempat orang untuk berteduh.
“Saya amat kesal dengan tindakan DBKL yang mengambil tindakan untuk meneruskan kerja-kerja perobohan kawasan perumahan ini,”
“Saya juga mendapat maklumat bahawa penduduk telah memohon injuksi di Makhamah tinggi pada 12 Jun lalu dan makhamah telah membenarkan injuksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.
“Saya tidak bersetuju sekiranya pihak DBKL mengambil tindakan tergesa-gesa untuk merobohkan kawasan ini,” jelasnya.
Terlalu banyak kawasan perumahan orang Melayu di Kuala Lumpur ini telah dirobohkan.
“Saya berharap DBKL dapat cari peyelesaian yang lebih baik untuk pihak mereka dan penduduk,”
Mana dia???
Atau mungkin kerana Kampung Chubadak yang merupakan perkampungan Melayu ini berada di Kuala Lumpur.. diranapkan semuanya pun tak apa..
Lainlah kalau Kampung Chubadak ni berada di Pulau Pinang.. berduyun-duyunlah pejuang bangsa turun mempertahankannya...
Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.