Perjanjian air Selangor terancam,
Putrajaya perlu muktamadkan segera
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 9 October 2014
-
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bimbang kerana
terdapat perkembangan baru yang mungkin menyebabkan perjanjian
penstrukturan air dengan Selangor tidak dapat dilaksanakan.
– Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014.
Kerajaan Persekutuan
perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai
dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar
Selangor Mohamed Azmin Ali.
Azmin menyuarakan
kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang
membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat
dilaksanakan.
"Saya tidak mahu
mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat,"
kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman,
Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.
"Kita mahu isu
penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada
pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin.
Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan
agar perjanjian itu dihormati semua pihak.
"Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.
Azmin berkata beliau
juga menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada
kerajaan negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.
Beliau berkata,
pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan
air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).9
"Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.
"Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.
Azmin pada 2 Oktober
dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula
bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad
(KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat
tentang proses tersebut.
Azmin berkata, taklimat
itu penting bagi membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui
secara lebih terperinci kandungan perjanjian berkenaan.
Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna
dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh
kerajaan negeri dan Persekutuan itu.
Kerajaan negeri
Selangor ketika pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan
tiga syarikat konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65
bilion oleh kerajaan Selangor.
Sebuah lagi sarikat
konsesi, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun
menolak tawaran tersebut. – Oktober, 2014.
SUMBER
al-Husseyn
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.