GARAM
Jika pengambilan garam berlebihan sering dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi, kekurangannya juga turut berisiko menghidapi penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.
Ketua Penyelidik, Prof Dr Noor Hassim Ismail dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memberitahu berdasarkan kajian yang dilakukan bersama penyelidik antarabangsa ke atas 18 negara dari seluruh dunia.
“Lazimnya, populasi global menggunakan garam dalam kehidupan seharian mereka sebanyak tiga hingga enam gram sehari manakala di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan pengambilan ideal garam dalam sehari adalah 2.5 gram sahaja untuk sehari iaitu lebih kurang satu sudu teh,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di PPUKM Cheras semalam.
Di Malaysia pula, pengambilan garam dianggarkan 3.5 gram satu hari berbanding negara lain.
“Tidak ramai orang yang begitu mengikut panduan WHO itu.
Kajian kami, daripada 100,000 responden yang ditemui hanya 1,000 sahaja yang benar mengikut panduan itu dan kesannya, pengambilan garam berlebihan menyebabkan risiko tekanan darah tinggi meningkat,” katanya.
Namun begitu, kekurangan garam juga mampu mendedahkan kepada risiko penyakit kardiovaskular.
“Kajian yang dilakukan pada kumpulan negara maju, sederhana dan mundur mendapati pengambilan garam rendah iaitu kurang tiga gram sehari mengelakkan daripada risiko tekanan darah tinggi tetapi terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular.
Oleh itu, pengambilan garam haruslah pada tingkat sederhana dan terkawal,” katanya.
Pengambilan garam secara sederhana antara tiga hingga enam gram sehari dan ia adalah pengambilan optimum bagi mereka yang mempunyai hipertensi.
Selain itu juga, Dr Noor Hashim menjelaskan pengambilan potasium melalui buah-buahan seperti pisang, betik, kekacang dan sayur-sayuran seperti kobis dapat memberi manfaat dalam menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
“Makanan yang mempunyai kandungan potasium, sangat baik untuk diet seimbang terutama ketika pengambilan garam secara sederhana dilakukan,” katanya lagi.
Kajian yang dilakukan sejak 2007 dengan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diterbitkan dalam jurnal perubatan terkemuka dunia iaitu, New England Journal of Medicine (NEHJM) pada 14 Ogos lalu.
NEJM adalah jurnal rujukan utama pengamal perubatan dan saintis di dunia dan pelbagai kajian perubatan yang dilakukan diterbitkan dalam jurnal itu.
Selain Dr Noor Hashim, penyelidik lain dari JKMUKM yang turut terlibat dalam kajian itu ialah Prof Madya Dr Azmi Mohd Tamil, Prof Madya Dr Zaleha Md Isa, Prof Madya Dr Mohd Hasni Ja’afar dan Khairun Asri Mohd Yusof.
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.