Catatan sejarah sebuah kejayaan
Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;
1981:
The Dawn Raid: 7 September. 30-40 stockbrokers from Rowe & Pitman
began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by
Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.
Tun
Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the
trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months;
control over the entire company.
Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.
Syarikat
ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo,
di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan
British yang terawal di Asia Tenggara.
Syarikat ini mempunyai pelbagai
perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa
sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie
Corporation Limited disenaraikan di Bursa Saham London.
Namun,
selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh
kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September
1981 dan dikenali sebagai “Dawn Raid” atau Serangan Subuh.
Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana
Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.
Kisah
di atas menjadi sejarah dan legenda tersendiri. Apatah lagi ketika itu
Tun Mahathir baru dua bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Namun,
selain catatan di atas, saya lebih tertarik dengan satu catatan lain
yang menyebut TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Guthrie
secara percuma.” Ketika wawancara oleh media tempatan.
Era Pakatan Rakyat
Selepas
27 tahun peristiwa “Serangan Subuh” ini, tiba-tiba TS Khalid menjadi
Menteri Besar Selangor. Saya percaya beliau tidak bercita-cita menjadi
menteri besar, apatah lagi Menteri Besar Selangor – sebuah negeri
terkaya di Malaysia. Jawatan itu datang kepadanya, bukan beliau mencari
jawatan tersebut.
Sebaik menjadi MB Selangor, beliau menyusun
kembali pentadbiran negeri dan hasilnya selepas 5 tahun rizab tunai
kerajaan negeri ialah 3.2 bilion.
Ramai yang tertanya-tanya
apakah motif TS Khalid simpan duit banyak-banyak, termasuk penulis. Duit
sepatutnya dibelanjakan apatah lagi dalam suasana rakyat yang
memerlukan bantuan kerajaan.
Namun, selepas membaca sejarah
“Serangan Subuh” terhadap Guthrie, sedikit sebanyak mungkin ada jawapan
di sebalik simpanan rizab tunai tersebut.
Sangkaan bahawa beliau
tidak berbelanja untuk rakyat tidak tepat. Hal ini kerana sejak menjadi
MB banyak skim diperkenalkan seperti TAWAS, Skim bantuan warga emas,
skim khairat kematian, bantuan kepada anak melanjutkan pelajaran ke IPT,
program jom shopping dan banyak lagi termasuk juga projek pembangunan
yang semuanya membabitkan wang.
Malah, rakyat mendapat air
percuma dalam kuantiti tertentu (hakikatnya kerajaan negeri terpaksa
membayar kepada syarikat air yang diswastakan ketika zaman Umno-BN
memerintah).
Malah kakitangan kerajaan negeri juga diberi bonus
hari raya sebulan gaji dan bonus hujung tahun juga sebulan gaji –
sesuatu yang tidak dinikmati ketika zamanUmno-BN. Malangnya walaupun
Umno-BN tidak ada projek sedemikian, duit simpanan juga tidak banyak -
hanyalah beberapa ratus juta.
Sedangkan pada zaman TS Khalid,
walaupun pelbagai skim yang membabitkan wang, bonus kakitangan, air
percuma, namun masih mampu menyimpan wang berbilion ringgit.
Persoalannya, ke mana duit itu pergi ketika zaman Umno-BN memerintah?
Kenapa simpan duit banyak?
Pada
hemat saya, duit yang disimpan oleh TS Khalid bukanlah duit daripada
sifat kedekutnya tetapi merupakan duit lebihan daripada perbelanjaan
asas yang tidak tiris. Pada zaman sebelumnya, duit tersebut tiris di
sana sini.
Apabila sistem pentadbiran dikembalikan kepada yang
hak, rasuah diperangi, setiap projek dibayar mengikut kos sebenar, maka
setiap sen yang diperoleh kerajaan negeri akan sendirinya ada lebihan.
Beliau juga begitu amanah menjaga duit rakyat daripada jerung-jerung politik yang siap sedia menganga mulut menunggu habuan.
Jadi kenapa duit itu tidak dibelanjakan untuk projek rakyat yang besar-besar.
Begini.
Jika anda menyimpan duit saham dalam Bank Rakyat, katakanlah RM100
ribu. Jika dividennya 10 peratus anda akan memperoleh RM10 ribu. Jika
anda menyimpan RM1 juta, dividen yang akan diterima RM100 ribu, jika
anda menyimpan 3 bilion – berapakah dividen yang bakal diperoleh?
Saya tidak tahu berapa bilionkah sasaran yang ingin dicapai oleh TS Khalid.
Hal
ini kerana apabila TS Khalid mahu membeli Syabas dan syarikat yang
berkaitan dengannya, sudah tentu beliau membuat perkiraan berapakah kos
yang bakal dikeluarkan. Berapakah bayaran setiap bulan yang diperlukan.
Beliau
pernah membayangkan bahawa, berdasarkan perkiraan yang dibuat, akhirnya
rakyat Selangor akan membayar bil air pada jumlah yang sangat rendah
dengan mutu yang semakin baik.
Jika sekiranya beliau menyasarkan
rizab simpanan tunai 6 bilion dan dividen daripada simpanan tersebut
ialah RM600 juta setahun (berdasar dividen 10 peratus setahun), maka
duit itu boleh digunakan untuk membayar kos pembelian syarikat air.
Maknanya,
kerajaan negeri akan membayar duit pembelian syarikat air hanya
daripada dividen rizab tunai dan tidak mengganggu perbelanjaan dan
pendapatan semasa kerajaan selangor.
Tidak mustahil bukan sahaja
syarikat air, malah mungkin banyak lagi syarikat lain yang boleh dibeli
hanya menggunakan duit dividen rizab tunai.
Namun, itu semua
hanyalah andaian penulis yang tidak ahli dalam ekonomi, saham dan yang
berkaitan dengannya. Tulisan ini juga bukan untuk mempertahankan tokoh
tertentu dan merendahkan kemampuan orang lain – sekadar catatan sejarah
dan sebuah andaian.
Cuma saya tidak mungkin berpeluang mendengar
TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Syabas, Puncak Niaga dan
Abass secara percuma.” – kerana beliau bukan lagi siapa-siapa dalam
politik Selangor hari ini. – HARAKAHDAILY 8/10/2014
Ibnu Hasyim
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.