Followers
Monday, October 20, 2014
GEMPAR!! Ghafur Salleh Akan Umum Keluar UMNO Esok?
GEMPAR!! Ghafur Salleh Akan Umum Keluar UMNO Esok?
GHAFUR
Menurut maklumat yang belum dapat disahkan lagi, Ahli Parlimen Kalabakan BN, Datuk Ghafur Salleh dijangka membuat pengumuman mengejut, keluar dari UMNO minggu depan dan menyertai PKR dengan serta merta.
Ini adalah lanjutan dari ketidakpuasan hatinya berikutan tindakan Najib mengenepikan Sabah dalam Bajet 2015 yang lepas selain pergolakan dalaman UMNO negeri itu. Ghafur juga dikatakan salah seorang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
Menurut sumber, Ghafur sudah lama tidak berpuas hati dengan BN dan sepatutnya menjadi salah seorang ahli Parlimen yang mengumumkan untuk keluar dari UMNO bersama-sama dengan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing pada tahun 2012, tapi atas sebab tertentu, membatalkan hasrat tersebut pada saat akhir.
Bagaimanapun, peluang dicalonkan semula dan menang pula di Kalabakan, telah memberi Ghafur peluang yang dinanti-nantikannya selama ini untuk mengkhianati BN/UMNO.
Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan ini dan Ghafur akan diberikan jawatan yang sesuai dalam PKR. Apatah lagi, satu jawatan Naib Presiden PKR (dilantik) masih belum diisi dan dikatakan sengaja dikosongkan untuk memberi ruang kepada Ghafur.
DAP mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut tapi yang penting sekarang ialah untuk melihat Pakatan Rakyat semakin kuat disamping menggantikan satu kerusi parlimen (Teluk Intan) yang terlepas dalam pilihanraya kecil yang diadakan disitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.