Ada kelahiran disebabkan perbuatan rogol. Jangan terkejut kalau ada kelahiran disebabkan dasar rela sama rela.
Ada pelaku mendapat hukuman. Ada pelaku yang bebas daripada hukuman atas penyelesaian mudah dengan perkahwinan yang boleh dirundingkan bersama.
Ada anak luar nikah ini masih kecil. Tidak mustahil ada juga yang sudah berkahwin dan melahirkan keturunan mereka secara sah.
Data yang menunjukkan kedudukan paling ramai kelahiran anak luar nikah ini untuk bangsa Melayu cukup menyedihkan. Ini kerana agama Islam mencatatkan segala panduan Allah SWT dalam Al-Quran untuk menyelamatkan kehidupan umat Islam.
Semestinya jangan kita lupa bahawa Islam adalah agama resmi negara kita. Kita dipimpin oleh pemimpin2 Islam sejak merdeka.
Kita mempunyai pelbagai jenis kementerian dan jabatan agama untuk menjaga kedudukan Islam. Kita juga semakin ditonjolkan dengan pemimpin Islam yang sanggup membela maruah Islam dengan apa cara sekali pun.
Apakah kelemahan dan dimanakah kegagalan masyarakat Melayu atas gejala ini kerana saban tahun kelahiran anak luar nikah ini masih berlaku secara berleluasa? Jangan dilupa juga kes pembuangan anak di kalangan gadis2 melayu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.