Followers

Thursday, October 16, 2014

Buku saya sudah panas, saya sudah dikecam - MSO

 
SELANG MASA                                                                                                

Buku - Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah, sudah panas. Sudah ada orang kritik dan membuat tohman mengatakan saya cuba memutarkan fakta dan banyak melakukan penipuan. 
 
Tidak perlu untuk saya menjawab tuduhan berkenaan di sini, tetapi pembaca yang bijak dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak akan dapat menilainya dengan baik dan penuh rasional.

Sehubungan itu dua program telah diaturkan untuk membedah ataupun memperkatakan buku saya itu. Satu akan berlangsung di Senawang Negeri Sembilan pada 18 Oktober ini manakala satu lagi akan berlangsung di Alot Star Kedah.

Mungkin majlis itu ada manfaat kepada mereka yang keliru atau pun rasa tidak puas dengan buku berkenaan untuk berhadapan dengan saya secara bersemuka baik untuk memperbetulkan mana-mana fakta yang salah ataupun memohon penjelasan mana-mana fakta yang kurang jelas atau tidak yakin yang terdapat dalam buku berkenaan.

Membuat kritikan dan tuduhan dari jauh adalah tidak manis dan adil. Sesebuah buku yang dihasilkan manusia mana sekalipun bukan maksum dan suci, ia tetap terikat dengan fitrah semula jadi manusia. 
 
Kesilapan dan kesalahan tetap ada. Buku bukan Quran Nurkarim. Manakala kejantanan seorang manusia itu ialah sedia menerima kebenaran dan bermahasabah diri.

Saya tidak berniat hendak menjawab kritikan dan kecaman terhadap saya yang dibuat dengan emosi itu, saya menerimanya sebagai satu kewajiban awam. Bagus. 
 
Perbahasan kerana menegakkan benang basah tidak akan membawa hasil dan faedah. Perbahasan dan kritikan yang baik untuk mencari natijah yang berhikmah.

Terima kasih kepada pembaca yang telah membuat ralat ke atas beberapa angka dan fata dalam buku berkenaan. Jangan lupa, disamping kita menengahkan kesilapan di dalam buku itu, kita juga seharusnya turut menyorot kebenaran yang terdapat dalam buku itu.

Buku berkenaan bukan sahaja mengandungi beberapa fakta yang dipertikaikan itu, tetapi masih tersusun beberapa fakta dan dokumen lain yang melengkapkan buku itu sebagai sebuah buku seperti adanya. 
 
Kepada pengkritik terima kasih diucapkan dan jika hendak ulas dan sorot buatlah secara keseluruhannya jangan diambil pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Jangan pula kita menuduh orang pemfitnah tetapi kita juga terikut menjadi pemfitnah. [wm.kl.9:47 am 16/10/14]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.