Followers

Friday, October 17, 2014

ANWAR DI MARAN PADA 25 OKTOBER INI - MENGAPA DI MARAN?

 
MARAN adalah pilihan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim untuk jelajah beliau ke Pahang sebelum beliau menghadapi takdir samada disumbatkan ke penjara atau dibebaskan pada 28 hb Oktober ini. 
 
Program beliau di Maran pada 25hb Oktober ini akan diadakan di perkarangan Pejabat Cabang KEADILAN Maran (berhadapan stesyen bas Maran) bermula jam 08.30 mlm.

Selain dari DS Anwar, di antara pimpinan lain yang akan berucap adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, pimpinan DAP dan PAS, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dan beberapa penceramah yang diundang.

Amat sesuai Maran dipilih kerana Maran sejak kebelakangan ini menunjukkan prestasi yang amat menakjubkan di mana begitu ramai ahli-ahli Umno telah berpaling tadah menyertai KEADILAN sehinggakan ada di antara mereka yang berani tampil berceramah di pentas KEADILAN.  
 
Baru-baru ini Umno telah memecat beberapa ahli mereka yang mengaku telah menyertai KEADILAN di Maran. Itu belum termasuk yang menyokong KEADILAN secara diam-diam.

KEADILAN di Maran tiada masalah dengan PAS di Maran, lebih-lebih lagi dengan DAP.  Justeru itu KEADILAN Maran telah menjemput wakil dari PAS untuk turut sama menyertai program ini.  Kita cuba buktikan bahawa tidak semua setuju perbezaan pendapat boleh memecahkan hubungan baik KEADILAN dan PAS di Pahang.  
 
Di Maran, PAS dan KEADILAN tetap bekerjasama dan diharapkan tidak ada mana-mana pihak cuba menjejaskan hubungan baik yang sedia ada ini.  Rakyat di Maran kini semakin celik kepada perubahan, maka PR khususnya di Maran mesti bijak mengambil kesempatan yang ada.

KEADILAN Pahang telah mengeluarkan arahan agar program ini mendapat perhatian utama dari semua kepimpinan Cabang di Pahang.  Ini bukan soal batang tubuh DS Anwar tetapi ianya merupakan perjuangan rakyat marhaen menentang kezaliman.  
 
Jika Ketua Pembangkang yang pernah menjadi TPM pun diperlakukan sedemikian, bayangkan rakyat biasa seperti kita.  Hari ini giliran DS Anwar yang juga pimpinan dari KEADILAN, esok lusa siapa boleh jamin tiada pimpinan dari PAS atau DAP yang akan dizalimi?  Ini lah yang kita perjuangkan.

Sekiranya DS Anwar mahu melihat kehadiran yang ramai di dalam kunjungannya kali ini, tentu saja beliau akan memilih Kuantan atau Indera Mahkota iaitu kubu kuat PR di Pahang.  
 
Tetapi beliau sanggup turun ke kubu Umno iaitu Maran.  Ketua Cabang Maran dan para penyokong PR di Maran seharusnya berbangga di atas kunjungan DS Anwar ke sana dan buktikan Maran bukan Maran yang dahulu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.