Ramai
yang tidak sabar menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan
yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini.
Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya.
Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya.
Anwar
sendiri tidak duduk diam atau pasrah begitu saja. Selain berdoa, beliau
juga ligat menemui penyokongnya di pelbagai tempat yang sudah diatur.
Ada pula penyokongnya yang lain mengadakan sembahyang hajat di seluruh
negara memohon pertolongan daripada Tuhan demi keadilan dan
pembebasannya.
Di
hari perbicaraan pula, dijangka ribuan rakyat akan berhimpun di sekitar
Istana Kehakiman untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepadanya.
Walaupun
mungkin sambutan dan gelombang reformasi kali ini tidak sama seperti
tahun 1998 dahulu, namun kurangnya sambutan terhadap perbicaraan ini
bukan bermakna ramai tidak lagi menyokong Anwar atau tidak kisah sama
ada beliau dipenjara atau dibebaskan, tetapi kerana sebahagian besarnya
sudah menetapkan pendirian dalam hati masing-masing.
Anwar
juga berbelah bagi dalam hal ini. Di suatu ketika beliau yakin akan
dibebaskan kerana tiada fakta yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan
meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan itu serta isu
pilihanraya Kajang yang menyebabkan Mahkamah Rayuan sebelum ini
menjatuhkan hukuman kepadanya juga sudah pun berakhir.
Tetapi
di ketika yang lain, sementara merasakan pemenjaraannya akan menghantar
mesej perubahan yang betul kepada anak-anak muda, Anwar juga bimbang
nasibnya dalam penjara nanti. Lantaran itu, beliau merayu jika
dipenjarakan sekali lagi agar dirinya tidak dipukul seperti dulu.
Sebenarnya
sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, arus perubahan akan terus
mengalir lebih kencang. Memenjarakan Anwar tidak mencerahkan masa depan
politik Najib dan membebaskannya pula tidak banyak memberi kelebihan
kepadanya.
Ada
yang merasakan setelah menyaksikan deretan masalah, isu dan beban
disandarkan kepada rakyat sejak enam tahun ini, perubahan sudah tidak
boleh dielakkan lagi. Ada pula yang merasakan UMNO kini sudah dihinggapi
pelbagai penyakit tua dan hanya menunggu masa saja untuk digantikan.
Jika
Anwar dipenjarakan, suara dalam diam yang mahukan Najib, UMNO dan BN
ditumbangkan akan terus membesar dan menunggu masa saja untuk meletus.
Ketikanya tidak lain ialah PRU 14 nanti.
Rakyat
bukan saja akan menilai Anwar tidak diadili secara baik, bahkan akan
membandingkannya dengan kes perbicaraan Altantuya Sharibu yang
melibatkan rakan karibnya, Razak Baginda serta turut dikaitkan dengan
dirinya juga. Penembusan pelbagai maklumat menyebabkan rakyat tidak
mudah dibohongi.
Memenjarakan
Anwar juga tidak menjadikan rakyat yang benci dengan Najib kerana
tindakannya menaikkan harga barang, meningkatkan kos sara hidup serta
menghapuskan pelbagai akta untuk menunjukkan keterbukaan dan
liberalisme, berubah secara tiba-tiba menjadi sayang dan mendokongnya
dengan sepenuh hati.
Mahathir
sendiri yang bermusuh dengan Anwar tetapi sudah menarik sokongannya
terhadap Najib, turut tidak mungkin beralih memuji dan menyanjungnya
semata-mata kerana Anwar sudah berada dalam penjara. Ini kerana yang
dibangkitkan Mahathir berkaitan hutang 1MDB, pengurusan ekonomi,
kewangan, hubungan kaum, kepimpinan yang lemah tiada kaitan sama sekali
dengan Anwar.
Bahkan mungkin dengan beradanya Anwar dipenjara, lebih mudah lagi Najib disingkir atau ditumbangkan.
Kiranya
Anwar dibebaskan pula, walaupun nama Najib mungkin menjadi sedikit
harum di kalangan pengkritik antarabangsa dan dalam negara, tetapi ia
tidak menyebabkan perubahan yang dimahukan rakyat jadi terhenti secara
automatik. Gelombang perubahan mungkin juga menjadi lebih semerbak dan
agresif.
Anwar
sendiri pasti akan menguatkan lagi gabungan PR yang diasaskannya untuk
menghadapi PRU akan datang jika didapati bebas kali ini. Beliau akan
menjadikan pilihanraya akan datang peluang terbaiknya bersama PR
menyingkirkan BN dan menjanjikan reformasi kepada rakyat.
Satu-satunya
kelebihan Najib dengan pembebasan Anwar ialah dapat menunjukkan kepada
dunia kesediaannya dan BN berhadapan secara "anak jantan" dengan PR
dalam pilihanraya akan datang. Setelah dicabar berdebat sebelum ini pun
tidak berani disahutnya, membebaskan Anwar sekurang-kurangnya tidaklah
menunjukkan Najib selamanya seorang yang penakut.
Najib
barangkali akan mendapat sedikit sanjungan atas keberanian itu. Beliau
juga akan dibandingkan dengan Mahathir yang tidak berani berhadapan
dengan Anwar, sebaliknya memilih untuk memecat dan menyingkirkannya
daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 dahulu.
Tetapi
membebaskan Anwar juga akan menyebabkan Najib semakin kehilangan
sokongan daripada kalangan yang sedia membenci dan menolaknya,
terutamanya di kalangan ahli UMNO sendiri.
Apa pun hukuman pada 28 dan 29 Oktober nanti,
ia mungkin hanya memberi kesan secara langsung kepada Anwar saja.
Dipenjara akan menjadikan jasad terkurung tetapi jiwa tetap merdeka
tetapi dibebaskan pula menyebabkan kedua-dua jasad dan jiwa jadi
merdeka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.