Followers

Thursday, September 11, 2014

YB Rafizi bakal dedahkan hutang 1MDB


Rafizi menyatakan bahawa beliau sependapat dengan Tun M mengenai isu 1MDB ini.

PETALING JAYA: Pihak kerajaan harus bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya pihak 1MDB gagal untuk berbuat demikian.

Menurut Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, sekiranya hutang tersebut akan dibayar oleh pihak kerajaan Malaysia, ianya sudah tentu akan menggunakan wang rakyat.

Tambah Rafizi, dalam siasatan yang beliau lakukan telah menunjukkan bahawa keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM30billion akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Jelasnya lagi, sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan penjelasan di Parlimen bahawa jumlah bon pertama yang telah di terbitkan oleh 1MDB hanya sebanyak RM5 bilion sahaja dan ianya dalam keadaan konsisten.

“Saya mempunyai dokumen yang boleh mengesahkan bahawa jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah tidak tepat dan memberi gambaran yang salah kepada Parlimen,” katanya.

 Rafizi berkata, beliau berpendirian bahawa hutang 1MDB yang begitu besar merupakan satu ancaman kepada kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat sekiranya tidak diurus dengan telus.“Saya selalunya berbeza pendapat dengan Tun Mahathir Mohamad dalam banyak perkara. Namun saya menyokong penuh pendirian dan pendapat Mahthir mengenai 1MDB,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Sebelum ini Mahathir mempersoalkan mengenai sejumlah besar dana 1MDB yang disimpan di pusat kewangan luar pesisir pantai (offshore financial centre) iaitu Pulau Cayman yang diragui ketelusannya serta mempunyai polisi kerahsiaan yang tinggi mengenai maklumat pengurusan dana.

“Saya percaya Mahathir mempunyai maklumat yang sama. Sebab itulah beliau tidak dapat menyembunyikan lagi kebimbangan beliau,”katanya.

Tambah Rafizi, sekiranya apa yang ditimbulkan oleh Mahathir itu tidak betul, maka sewajarnya 1MDB turut menghantar surat saman kepada Mahathir dalam masa terdekat ini.

Beliau akan mendedahkan dokumen bukti mengenai hutang 1MDB dalam masa terdekat yang menunjukkan kerajaan malaysia bertanggungjawab kepada hutang-hutang yang dikumpul 1MDB. 

Read more: http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/09/rafizi-bakal-dedahkan-hutang-1mdb.html#ixzz3CzwcYliN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.