Followers

Tuesday, September 30, 2014

[VIDEO] Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?

 


NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.

“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.

“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.

“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,”
katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.

Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.

Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.

“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – TMI


Lebih baik keluar dari PR

KUALA LUMPUR: Badan pertubuhan bukan kerajaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Tidak terhenti di situ, PAS dikatakan lewat bertindak, dan tidak konsisten.

“Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya mampu menyelesaikan masalah yang berlaku,

“Namun selepas mesyuarat itu, PAS dilihat beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu.

“Walaupun pada 17 Ogos, mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat cadangan kepada Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohamad Shahir Abu Hassan.

Jelasnya lagi, LENSA turut mencadangkan PAS menggesa semua pimpinan di setiap peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

Selain itu, LENSA mencadangkan agar PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan PR.

“Ia penting bagi membuktikan ketelusan PAS bersama PR sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam PAS.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan, LENSA yakin kepercayaan masyarakat umum kepada PAS dapat dikembalikan,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa pimpinan PAS telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh mengeruhkan hubungan PAS di dalam PR, antaranya Ahli Parlimen Pasir Mas , Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, dan juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Ujar Ekhsan lagi, jika PAS terus bersikap demikian dan masalah ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS.

“Kita nampak PAS boleh pergi jauh, dan sebab itu kita sebagai NGO yang tidak partisan (tidak berparti) tegur PAS.

“Kita juga tidak menolak bahawa kita akan menegur DAP dan PKR pada masa akan datang,” katanya. -FMT





ULASAN GB

GB dan blogger-blogger PAS yang lain dah banyak kena maki dengan puak yang mengaku pro-ulama. Kena barua dan sebagainya. Tapi kami tak heran sebab kami dah lama di dalam PAS dan dah lali kena maki..... itu asam garam perjuangan di alam siber...

Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Terpulang kepada PAS nak layan memo mereka macamana...




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.