Followers

Monday, September 8, 2014

Umno Selangor perlu bersatu untuk menang pilihan raya, kata Muhyidin - OLEH DIYANA IBRAHIM

Photo: Umno Selangor perlu bersatu untuk menang pilihan raya, kata Muhyidin

OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 7 September 2014

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor untuk bersatu dan mengukuhkan perpaduan sekiranya mahu memenangi negeri itu kembali.

Beliau berkata pemimpin Umno-BN Selangor perlu sedar kesedaran rakyat tentang politik dan seterusnya mengetahui hak mereka dalam Perlembagaan tidak sama seperti zaman di ketika di awal kemerdekaan.

"Kalau dulu saya ingat semasa saya jadi ketua Pemuda Johor Umno ini, orang cakap letak songkok pun rakyat akan undi tapi kini kalau letak calon Umno-BN di Selangor belum tentu kita akan menang.

"Kerana itu, kita mesti bangkit mengukuh perpaduan kalau besok kata ada bubar Dewan Undangan Negeri (DUN), saya tidak boleh ramalkan tapi ia mungkin berlaku jadi adakah kita akan memegang tanggungjawab untuk mendapatkan Selangor kembali,"  katanya ketika merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Sungai Buloh hari ini.

Beliau juga berkata Umno-BN perlu bangkit dan menebus semula kekalahan sekaligus menebus maruah yang tercalar ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Mengakui bahawa pemerintahan Umno-BN kini melalui fasa yang sukar, beliau menyeru agar pemimpin parti itu tidak lagi berada di takuk lama.

Katanya pemimpin Umno-BN perlu seiring dengan perubahan kematangan tahap politik rakyat di negara ini apabila ia tidak hanya lagi menyentuh tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan kemudahan asas.

"Rakyat Malaysia sudah melalui tahap politik matang meskipun kita kini masih lagi mampu mempertahankan kedudukan kita namun ada di beberapa negeri seperti Selangor kita kalah.

"Kerana itu sebagai sebuah parti politik paling lama wujud di negara ini kita perlu sedar bahawa kita sedang melalui zaman berbeza dimana rakyatnya kini mengetahui akan hak mereka, lebih berpengetahuan dan mahu diberi pilihan menentukan masa depan mereka," katanya.

Beliau juga berkata tiada guna kerajaan terus memberikan peruntukkan menyediakan kemudahan asas sekiranya undi masih terus merosot.

"Kalau kita sediakan kemudahan namun undinya tidak meningkat bahkan merosot lagi jadi pokoknya pada zaman ini mereka menuntut hak lebih besar daripada itu seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan bersuara, budaya, ekonomi sosialnya.

"Dalam PRU lepas ramai orang Cina tidak sokong BN dan sampai hari ini pun saya tidak nampak ada sedikit perubahan ke arah parti ini.

"Meskipun saya sendiri tidak dapat menjawab apa sebenarnya masalah kehilangan sokongan namun saya tahu sedikit sebanyak ia menyentuh perkara pokok yang saya sebutkan tadi tentang hak kesaksamaan, pendidikan, agama, budaya dan itu sebenarnya kita perlu perhalusi semula," katanya.

Pada PRU13, Umno-BN kalah kepada Pakatan Rakyat dengan hanya meraih 12 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Namun kini, kerajaan negeri Selangor berada di persimpangan apabila PKR cuba menukar menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan PAS. – 7 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-selangor-perlu-bersatu-untuk-menang-pilihan-raya-kata-muhyidin#sthash.DFjn952i.dpuf Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor untuk bersatu dan mengukuhkan perpaduan sekiranya mahu memenangi negeri itu kembali.

Beliau berkata pemimpin Umno-BN Selangor perlu sedar kesedaran rakyat tentang politik dan seterusnya mengetahui hak mereka dalam Perlembagaan tidak sama seperti zaman di ketika di awal kemerdekaan.

"Kalau dulu saya ingat semasa saya jadi ketua Pemuda Johor Umno ini, orang cakap letak songkok pun rakyat akan undi tapi kini kalau letak calon Umno-BN di Selangor belum tentu kita akan menang.

"Kerana itu, kita mesti bangkit mengukuh perpaduan kalau besok kata ada bubar Dewan Undangan Negeri (DUN), saya tidak boleh ramalkan tapi ia mungkin berlaku jadi adakah kita akan memegang tanggungjawab untuk mendapatkan Selangor kembali," katanya ketika merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Sungai Buloh hari ini.

Beliau juga berkata Umno-BN perlu bangkit dan menebus semula kekalahan sekaligus menebus maruah yang tercalar ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Mengakui bahawa pemerintahan Umno-BN kini melalui fasa yang sukar, beliau menyeru agar pemimpin parti itu tidak lagi berada di takuk lama.

Katanya pemimpin Umno-BN perlu seiring dengan perubahan kematangan tahap politik rakyat di negara ini apabila ia tidak hanya lagi menyentuh tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan kemudahan asas.

"Rakyat Malaysia sudah melalui tahap politik matang meskipun kita kini masih lagi mampu mempertahankan kedudukan kita namun ada di beberapa negeri seperti Selangor kita kalah.

"Kerana itu sebagai sebuah parti politik paling lama wujud di negara ini kita perlu sedar bahawa kita sedang melalui zaman berbeza dimana rakyatnya kini mengetahui akan hak mereka, lebih berpengetahuan dan mahu diberi pilihan menentukan masa depan mereka," katanya.

Beliau juga berkata tiada guna kerajaan terus memberikan peruntukkan menyediakan kemudahan asas sekiranya undi masih terus merosot.

"Kalau kita sediakan kemudahan namun undinya tidak meningkat bahkan merosot lagi jadi pokoknya pada zaman ini mereka menuntut hak lebih besar daripada itu seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan bersuara, budaya, ekonomi sosialnya.

"Dalam PRU lepas ramai orang Cina tidak sokong BN dan sampai hari ini pun saya tidak nampak ada sedikit perubahan ke arah parti ini.

"Meskipun saya sendiri tidak dapat menjawab apa sebenarnya masalah kehilangan sokongan namun saya tahu sedikit sebanyak ia menyentuh perkara pokok yang saya sebutkan tadi tentang hak kesaksamaan, pendidikan, agama, budaya dan itu sebenarnya kita perlu perhalusi semula," katanya.

Pada PRU13, Umno-BN kalah kepada Pakatan Rakyat dengan hanya meraih 12 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Namun kini, kerajaan negeri Selangor berada di persimpangan apabila PKR cuba menukar menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan PAS. – 7 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-selangor-perlu-bersatu-untuk-menang-pilihan-raya-kata-muhyidin#sthash.DFjn952i.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.