Umno cuba memperalat institusi raja dengan mengelirukan rakyat sehingga membuat tuduhan terhadap Pakatan Rakyat biadap kerana ingkar dengan arahan Sultan, kata pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari.
Mengulas apa yang berlaku sejak 1970 ketika penukaran pemimpin Umno dibuat, Aziz berkata, Sultan tidak langsung terlibat dalam mengeluarkan sebarang arahan kepada parti, sebaliknya membiarkan parti memilih seseorang individu mengikut sokongan majoriti.
Jelas Aziz lagi, perkara yang sama seharusnya berlaku di Selangor di mana tidak perlu ada campur tangan daripada Sultan untuk mengeluarkan arahan agar mencalonkan nama lain berikutan sokongan majoriti yang telah diberikan kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Tahun 1970, Tun Abdul Razak nak ganti Tunku Abdul Rahman, ada sultan bising minta nama?
“Tahun 81, bila Mahathir (Mohamad) nak ganti dengan Tun Hussein Onn, ada siapa bising? Ada sultan minta nama? Tak ada.
“Tahun 2003 bila tiba-tiba Tun Mahathir letak jawatan, naik Pak Lah (Abdullah Badawi) ada minta tiga nama?
“Bila Pak Lah kena tendang dan diganti dengan Najib (Razak), ada minta nama?
“Di Terengganu buat keputusan nak gantikan Datuk Seri Ahmad Said pukul 9 malam, kenapa sultan tak minta 10 nama?
“Sarawak lagi hebat, saya (Taib Mahmud) nak Adenan Satem ganti saya, saya nak jadi TYT,” sinis Aziz.
“Jadi ini bermakna keputusan untuk melantik seseorang individu yang mendapat majoriti adalah kerja parti, bukannya sultan,” katanya dalam forum terbuka ‘PAS campur Umno ke mana hala tuju?’ yang dihadiri hampir 400 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi.
Justeru jelasnya, Aziz menyeru agar pihak istana tidak terpengaruh dengan fitnah dan permainan Umno yang cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat.
“Dan dalam isu Selangor, dari segi undang-undang adalah salah membiarkan negeri tidak ada kerajaan selama empat bulan,” jelasnya.
Rakyat Marhaen
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.