Mahathir Kata Orang Melayu Tidak Amanah, Bangsa Lain Bagaimana?
Jika kita urus duit dengan tidak amanah dengan berkata tak apalah sebab bos tidak tahu, itu satu sikap yang tidak baik.
tun-mahathir3PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pandangannya mengatakan orang Melayu pada masa ini tidak amanah.
Pandangan ini dinyatakan oleh Mahathir yang melihat nilai ini tiada dalam kalangan orang Melayu buat masa ini katanya di Majlis pelancaran buku “Wahai Melayu”.
Kata Tun Mahathir, “Jangan sesekali kita mengambil duit yang bukan milik kita.”
“Saya melihat ada dalam kalangan Melayu yang suka mengambil duit yang bukan hak miliknya. Kita perlu urus kewangan kita dengan baik dan ikhlas.
“Jangan kita ambil yang bukan milik kita. Jika kita lakukan, itu maknanya kita mencuri,” jelasnya.
Tambahnya, jika kita urus duit dengan tidak amanah dengan berkata tak apalah sebab bos tidak tahu, itu satu sikap yang tidak baik.
“Kadang-kadang gaji seseorang itu cukup, tetapi tidak menghargai kerjanya dan hanya berfikir boleh sapu duit sedikit.’
“Jika kita jujur walaupun hutang banyak, kehidupan kita terutama dalam perniagaan akan menjadi kuat. Tetapi jika tidak jujur ia bukan sahaja beri kesan kepada diri kita sahaja, ia beri kesan pada bangsa sebab hutang tidak bayar,” ujarnya.
Tegasnya, kita harus belajar sikap jujur.
Beliau juga menceritakan pesanan ibu beliau yang mengajar beliau dari kecil supaya tidak mengambil yang bukan miliknya.
“Saya berharap rakyat lebih mengutamakan kejujuran dan beramanah dalam kehidupan,” katanya.
Posted by mountdweller
Read more: http://mountdweller.blogspot.com/2014/09/mahathir-kata-orang-melayu-tidak-amanah.html#ixzz3D0ykn493

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.