Sungguhpun
golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di
Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot
Brunei).
Brunei
agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan
Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama
rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9
peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun
2008.
Hampir
separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim
kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.
Kebanyakan
penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai
hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan
tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House
Penduduk
bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di
Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh
oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan
percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).
Brunei
adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu
390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain
(12%).
Jumlah
stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi,
kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara
automatik.
Sesiapa
yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian
yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya
dan bahasa Melayu.
Jus sanguinis
Kewarganegaraan
Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan
ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of
blood” atau hak keturunan.
Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.
In
Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya
dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu
Tutong (sumber sini).
Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.
Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.
Orang
British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan
orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar diri kita
Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.
Orang
asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama warna
kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk membeza-bezakan diri
mereka.
Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.
Dua
tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan sama
ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri tersebut
menjadi sebuah republik berdikari.
Perkembangan
ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot
daripada British. Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara
berhasrat akan pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau
besar terdiri England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung
semula dengan Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.
Di
serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam.
Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus
untuk etnik mereka. Jadi kepada Cina Malaysia ataupun DAP khususnya,
jangan 'macekeyo' kononnya memfitnah MALAYSIA ni tak adil dalam urusan
kaum. Tanya kepada NEGARA ASAL KETURUNAN kamu sendiri, adakah mereka
cukup adil dengan kaum-kaum minoriti di negara kaum asal kamu?
.....
Read more: http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/09/cara-brunei-mengajar-cina.html#ixzz3D15PuZGx
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.