Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS Kamal Ashaari berkata
beliau sendiri akan membawa laporan daripada perwakilan Pemuda Puchong yang
mendakwa terdapat perwakilan lima kawasan dari Johor yang tidak dipilih dalam
mesyuarat tahunan mereka tetapi hadir pada Muktamar Pemuda PAS tahun lalu.
Perwakilan lima kawasan itu turut didakwa terlibat dalam
pemilihan dalam persidangan tahun lalu selepas dibangkitkan segelintir
perwakilan kali ini yang bimbang PAS bakal diharamkan oleh Jabatan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) jika laporan tahunan tahun
ini disahkan.
"Saya menerima laporan ini. Muktamar tidak ada autoriti (menubuhkan) satu jawatankuasa untuk menyiasatkan (laporan
ini) yang dikemukakan malam ini.
"Muktamar (Pemuda) tidak ada jawatankuasa untuk
menyiasat laporan ini, jadi saya memohon untuk membawa laporan ini diputuskan
pihak beraurotiti atau Majlis Syura Ulama.
"Saya minta mandat dibawa di peringkat atas yang ada
jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini," kata Kamal sambil majoriti
perwakilan kemudiannya bangun memberi mandat kepadanya untuk membawa laporan
itu diputuskan oleh pihak atasan.
Kamal juga menangguhkan perbahasan mengenai laporan tahunan
selama 10 minit bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak atasan parti.
Selepas itu, majoriti perwakilan mengesahkan laporan tahunan
Muktamar Pemuda PAS tahun ini melalui undian, tetapi status pengesahan
kehadiran perwakilan dari lima kawasan itu - yang ada dalam laporan tahunan
kali ini - diserahkan kepada pihak atasan untuk menyiasat dan memutuskan.
Kemudian, terdapat seorang perwakilan bangun membangkitkan
rasa tidak berpuas hati selepas ia disahkan dan memberi mandat
- cuba menjelaskan situasi yang berlaku di beberapa kawasan di Terengganu pada
2009.
Bagaimanapun, suasana bising tercetus apabila ramai
perwakilan lain menjerit dan melaungkan supaya perwakilan itu menghentikan
tindakannya dan kemudiannya melaungkan takbir, "Hidup Islam dan Hancur
Taghut".
Susulan itu juga seorang perwakilan lain cuba menenangkan
keadaan dengan meminta perwakilan menghormati keputusan yang dibuat oleh
pengerusi tetap sebelum itu.
"Dua kali pengerusi beri peluang (kepada kita untuk
selesai masalah ini). Saya minta hormat kepada pengerusi tetap," katanya
dan suasana dewan ketika itu menjadi gamat dan riuh rendah.
Hal demikian kemudiannya, menyebabkan Kamal Ashaari mencelah dengan meluahkan rasa kesalnya nada yang sebak dengan air
mata berlinangan.
"(Jika tidak sah) muktamar (dan pemilihan) tahun lalu,
muktamar khas boleh diadakan untuk mengadakan pemilihan semula. Kita nak tolak,
kita tidak ada autoriti untuk buat keputusan.
"Saya faham, kamu sayang kepada parti. Saya tidak mahu
PAS diharamkan... Tolong beri mandat. Saya janji saya serah sendiri,"
katanya dalam nada sebak dan tersekat-sekat.
Selepas itu, beberapa minit selepas insiden itu selesai,
Timbalan Pengerusi Tetap Riduan Mohd Nor memberitahu perwakilan bahawa Kamal
dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.