DPIM Selangor memahami bahawa Menteri Besar yang dilantik itu mestilah
yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. Apabila
seorang ADN dicadangkan menjadi Menteri Besar dan disokong majoriti Ahli
Dewan Negeri Selangor ia secara langsung mengambarkan sokongan padu
rakyat Selangor, kerana ADN adalah dipilih oleh rakyat melalui proses
penggundian dalam Pilihanraya.
Sebagaimana makluman yang kami terima calon yang mendapat sokongan majoriti adalah Y.B. Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ’ Wan Ismail, ADN Selangor kawasan Kajang.
Kami DPIM Selangor menyokong penuh DSWA sebagai MB Selangor yang baharu. Sokongan kami adalah berdasarkan kepada rekod-rekod pencapaian DSWA semenjak beliau menuntut di Universiti lagi, dimana DSWA telah mendapat beberapa anugerah daripada Institusi Pengajian, Badan Profesional serta Badan-Badan kesukarelawan dalam negara dan luar negara.
Walaupun DSWA seorang wanita beliau mempunyai bakat kepimpinan yang luar
biasa, beliau dapat menubuhkan parti yang beliau pimpin hingga sekarang
malah telah mengharugi empat kali Pilihanraya umum dengan peningkatan
yang cukup memberangsangkan.
Sebagai seorang Pakar Perubatan sudah semestinya DSWA akan menjadi pemimpin yang teliti yang akan membawa penawar kepada kemelut yang berlaku di Selangor.
Sebagai sebuah badan NGO yang menaungi ahli-ahli bisnes di negeri Selangor sudah pastinya DPIM Selangor sangat mengimpikan seorang Menteri Besar yang mesra dengan ahli Bisnes dan berusaha keras membawa pelabur luar bagi menggadakan usaha pelaburan.
DPIM Selangor cukup yakin hubungan baik DSWA di peringkat antarabangsa
seperti dengan ahli perdagangan daripada Dhubai, Turki, Filipina,
China dan Indonesia akan dapat menarik ramai pelabur-pelabur tersebut
membuat pelaburan di Selangor. Dengan kehadiran para pelabur ini
pastinya akan merancakkan suasana bisnes serta meningkatkan ekonomi
negeri Selangor.
Peningkatan pelaburan dalam pelbagai sektor yang pastinya akan membuka banyak peluang pekerjaan juga peluang bisnes baru, peluang ini sangat dinanti-nantikan oleh generasi muda yang sedang mencari pekerjaan serta yang sedang membina kerjaya.
Dato' Haji Mat Ghazali bin Abdul Rakim
Pengerusi DPIM Selangor
Pengerusi DPIM Selangor
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.