Followers

Saturday, September 13, 2014

Taklimat penstrukturan industri air s'gor Isnin ini

 
 
Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan taklimat terperinci dengan semua pihak terlibat berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu, Isnin ini.
  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata taklimat itu adalah untuk menjelaskan segala terma dan syarat yang dipersetujui dalam perjanjian utama yang ditandatangani dengan kerajaan Persekutuan semalam.
  
"Dalam pada itu, kita akan berikan cadangan dan langkah supaya pengambilalihan ini dapat dibuat dengan betul supaya rakyat Selangor dapat bekalan air yang diurus dengan baik dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita di Klang malam tadi.
  
Ketika diminta mengulas mengenai jaminan kerajaan negeri untuk memastikan tiada lagi catuan air pada masa hadapan, Abdul Khalid berkata perjanjian itu memberi lebih peluang kepada pihaknya menguruskan industri air secara menyeluruh.
  
Semalam, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  
Berikutan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.
  
- Bernama



 
TS Kkhalid hanya MB sementara beliau tidak boleh tanda tangan mana2 perjanjian. TS Khalid memang anai2 yang sudah merosakkan persefahaman parti2 dlm PR, pasti ada udang disebalik batu. 
 
Kenapa Penasihat Undang2 Selangor mendiamkan diri?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.