Followers

Saturday, September 13, 2014

Dr. Mahathir pun tuduh Istana Selangor menipu?



Takkan kut Dr. Mahathir pun tuduh istana Selangor menipu pasai 'konvensi' jugak. Lagi tak logiknya bila kenyataan Dr. Mahathir tu macam menyokong tindakan Anwar Ibrahim.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Dr M: Saya dulu pun beri satu nama saja" melaporkan:
Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tun Mahathir Mohamad dilihat bersetuju dengan pendapat musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana. - Mkini.
Juga dilaporkan:
“Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan," kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar. - Ibid.
Sebelum ni pihak istana Selangor ada menghantar surat kepada ketigaotiga parti minta masing-masing parti diserahkan senarai 3 nama atas alasan "sejajar dengan konvensi (convention)yang telah diamalkan secara berterusan dalam perlantikan Menteri besar Selangor selama ini."  macam yang aku salintampal kat sebelah ni

Aku sebelum ni pun mushkil sikit atas alasan tu tambah-tambah lagi pihak PKR dan DAP balas surat tu dengan bagi cuma satu nama pun atas alasan "konservasi' jugak. Cuma PAS saja yang ikut 'perintah sultan' dengan hantar 3 nama.

Roketkini melaporkan:

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan DAP dan PKR, Tuanku Sultan turut menitahkan Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama ketika melantik MB pada tahun 2013, yang turut menjadi konvensi dalam amalan pelantikan MB Selangor.
“Parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013.”

“Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor,” ujar kenyataan tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

DAP dan PKR turut menyertakan salinan surat dari Pejabat Sultan Selangor bertarikh 7 Mei 2013 sebagai rujukan. - Roketkini.
Lepas tu pihak istana jawab balik surat dari PAS, PKR dan DAP dengan celaan DERHAKA kepada DAP dan PKR sebab hantar cuma satu nama dan masih gunakan alasan 'konvensi' tu.

Mungkin sesuai kut 'celaan' tu kalau di tengok dari sudut PKR dan DAP tuduh pihak istana menipu pasai 'konsiversi' tu.

Tapi bila Malaysiakini melaporkan yang Dr. Mahathir sendiri kata tak pernah hantar lebih dari satu nama calon Menteri Besar, takkan kut Dr. Mahathir pun tuduh istana Selangor menipu pasai 'konvensi' jugak. Lagi tak logiknya bila kenyataan Dr. Mahathir tu macam menyokong tindakan Anwar Ibrahim.

Tapi kalau PKR, DAP dan Dr. Mahathir tak menipu takkan kut pihak Istana Selangor pulak yang menipu.

Lagi tambah tak logik pasai dengar ceritanya Sultan Selangor dinasihat oleh sekumpulan peguam terkenal termasuk untuk semak draf surat yang pihak istana Selangor hantar dalam isu MB Selangor ni.



Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.