Followers

Tuesday, September 23, 2014

Tahap Bahlol Super Mega La Kalau PAS Tak Boleh Menang Dalam PRK DUN Pengkalan Kubor Posted by Era pasca

  
UMNGOK dan BN di Pengkalan Kubor dah macam mayat hidup yang langsung tidak ada otak, tidak boleh bergerak, lumpuh, polio, sakit saraf dan diserang sakit tua yang amat menazakkan. UMNGOK dah menyerah kalah lebih awal di PRK DUN Pengkalan Kubor. 

Selepas semua ceramah para pemimpin UMNGOK di Pengkalan Kubor tidak dapat sambutan, sesetengahnya bercakap dengan kerusi-kerusi kosong serta tiang khemah, UMNGOK mula menghentikan ceramah-ceramah dan kempen-kempen mereka.

Tok Pa dan UMNO Kelantan telah mengeluarkan arahan, tak boleh ada kempen, tak boleh bagi risalah, tak boleh buat rombongan Mak Kiah, tak boleh itu tak boleh ini. Banyak ceramah UMNGOK yang dah dibatalk an kerana arahan Alwi Ketereh dan Tok Pa.

Geng-geng UMNGOK Pengkalan Kubor pun dah mula main ugut. Tak dibagi duit, mereka takkan bekerja untuk UMNGOK. Ada Ketua PDM yang dah bagi amaran, duit tak turun, undi akan berkalih kepada PAS-Pakatan.

UMNO-UMNO Negeri yang datang membantu berkempen pun dah sengap sunyi. Apa tidaknya kalau UMNO Negeri dan Bahagian langsung tak bagi kerjasama. Semuanya ditanggung oleh UMNO Angkat. 


Sampaikan rumah untuk tenaga kerja pun, UMNO Negeri lain yang tanggung. Duit dari UMNO Negeri Kelantan, tersimpan dan terperap dalam akaun.

UMNGOK dah kelihatan tak bernafsu untuk menang di Pengkalan Kubor. Ketua-Ketua PDM bercakaran sesama sendiri kerana duit ICU.

Sebenarnya, PAS boleh menang dengan mudah kerana UMNGOK Kelantan memang tak mahu menang. Ketua-Ketua PDM dan Ketua-Ketua Bahagian memang tak mahu menang sebab kalau menang, duit dari ICU tak sampai kepada mereka lagi. 


Ketua-Ketua Bahagian pula, akan pastikan sesiapa sahaja yang dilihat boleh mencantas hierarki mereka, akan dipotong sayur dan dimusnahkan.

Sepanjang aku berada di Pengkalan Kubor, beberapa PDM seperti Geting, Bunohan, Kampung Geting, Ketil, Sri Tujoh dan sebagainya, sudah ada dalam genggaman PAS kerana dikuasai sepenuhnya oleh PAS.

Begitu juga di Bunohan. Sebelum ini, tidak pernah berlaku Watt Siam membenarkan PAS mendirikan pondok gerakan di hadapan Watt mereka, tetapi di Bunohan, Watt Siam membenarkan pondok PAS didirikan.

Walaupun ada agen UMNGOK yang berjaya menggunakan Watt untuk secure undi masyarakat Siam, tetapi daripada pemerhatian aku, agen-agen UMNGOK itu gagal membawa sami-sami Buddha di Watt-Watt itu untuk turut sama berkempen menarik undi daripada masyarakat Siam. 


Sebaliknya, beberapa pertemuan sami-sami Buddha dengan Tok Guru Nik Aziz, memberikan jaminan bahawa masyarakat Siam yang dikatakan fixed deposit BN, akan memilih PAS.

Lagipun, kebanyakan Watt termasuklah Watt Machimmaram yang merupakan antara terbesar di Pengkalan Kubor dibina di atas tanah TOL. Tanah merupakan kuasa di bawah Kerajaan Negeri. 


Kelantan pula kerajaan negerinya adalah PAS. Watt-Watt Siam di Pengkalan Kubor tidak akan mengambil risiko besar untuk mengundi UMNGOK untuk status tanah yang diduduki, ditarik balik atas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan.

Pengaruh besar Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar juga merupakan jaminan kepada calon PAS untuk menang PRK DUN Pengkalan Kubor.

Dengan pelbagai faktor yang berpihak kepada PAS, dan dengan kelemahan kempen serta taktik perang UMNGOK-BN, kalau PAS kalah juga di Pengkalan Kubor, memang tahap bengong super mega la.

PAS cuma perlu 'up'kan sahaja rasuah kepada para pengundi Pengkalan Kubor yang cukup terkenal sebagai tukang sembelih. 


Dengar-dengarnya, UMNGOK pun dah sampai tahap bodoh bila berhadapan dengan masyarakat pengundi Pengkalan Kubor yang super mata duitan. 

Era Pasca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.