“Iaitu
mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya
mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan
mencegah dari berbuat kemungkaran, dan (ingatlah) kepada Allah jualah
kesudahan segala urusan.” (Al-Hajj: 41)
1. Amanah Rakyat.
YAB Mohamed Azmin Ali,
Tahniah di atas perlantikan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang ke-15.
Seluruh
rakyat dan pencinta keadilan menaruh setinggi harapan. Kebajikan rakyat
perlu diutamakan. Kemajmukan agama perlu diharmonikan. Teras pendidikan
perlu diperkukuhkan. Pemilikan rumah perlu disegerakan. Krisis air
harap diselesaikan.
Kekayaan negeri adalah untuk diwarisi, agar
rakyat tidak rugi. Jangan sesekali memungkiri janji, kelak menyesal di
kemudian hari.
2. Memperkukuh Muafakat.
Bersama buka lembaran baru, ke arah kesepakatan yang lebih jitu.
Jadikan
yang berlaku sebagai teladan. Mandat rakyat jangan dipertaruhkan.
Harapan rakyat jangan dipermainkan. Setiap langkah perlu dikonsesuskan.
Agenda bersama jangan ditinggalkan.
Jadikan syura budaya di
Selangor. Rakyat dirujuk untuk membuat keputusan. Rakan dirujuk untuk
mendokong keputusan. Sultan dirujuk untuk perkenan keputusan.
3. Terus Beristiqamah.
Amanah kepimpinan amat berat. Perbanyakkan sabar, teguhkan tekad.
Jadikan
istiqamah sebagai azimat. Terus beristiqamah dengan ilmu dan syariat.
Teguh komited mengislah masyarakat. Kekal konsisten mengukuh muafakat.
Jadikan
doa sebagai senjata, solat dan zakat jangan dilupa. Menyeru kebaikan
tanggungjawab semua, basmi kemungkaran agenda bersama.
Semoga YAB diberikan kekuatan, memimpin Selangor maju ke hadapan. – HARAKAHDAILY 23/9/2014
- Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.