Followers

Wednesday, September 24, 2014

Jurukamera RTM buat laporan polis dikasari pegawai kastam


Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Lutin Ahmad, 39, yang didakwa dikasari seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada kira-kira 10 pagi.

"Kita juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui punca sebenar insiden berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah," katanya.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari semalam, Lutin mendakwa dirinya dikasari, ditendang dan diugut seorang pegawai JKDM yang mengiringi lima pegawai lain yang berdepan pertuduhan menerima rasuah.

Pegawai itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Lutin merakam visual semua tertuduh ketika mereka dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding pendakwaan selesai.

Lutin memaklumkan pegawai itu menghalang beliau daripada merakam visual dan berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang. 

– Bernama, 23 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.