Followers

Wednesday, September 24, 2014

Saya dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor kerana Khalid marah, kata Anwar

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada budi bicara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sama ada mahu meneruskan khidmatnya sebagai penasihat ekonomi negeri atau tidak, selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecatnya minggu ini. 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada budi bicara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sama ada mahu meneruskan khidmatnya sebagai penasihat ekonomi negeri atau tidak, selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecatnya minggu ini. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dipecat daripada jawatannya sebagai penasihat ekonomi Selangor kerana bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin marah kepadanya.

Ketua umum PKR itu berkata, sekarang terpulanglah kepada menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali sama ada mahu meneruskan khidmatnya atau tidak.

"Tidak mengapa, (Khalid) sedang marah. Kita tidak ada masalah dengan itu. Sila tanya menteri besar baharu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pada Isnin Faekah Husin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang di Shah Alam serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua pegawai eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu berkata, penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

Beliau berkata, SSIC kini beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti selain memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman luas terutama dalam bidang berkaitan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Katanya, penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran penasihat ekonomi Selangor yang pernah menjawat kedudukan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," katanya. – 24 September, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.