Followers

Wednesday, September 24, 2014

Pelantikan Azmin ‘cacat’, persidangan undang-undang diberitahu - OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Pelantikan Azmin ‘cacat’, persidangan undang-undang diberitahu

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Published: 24 September 2014

Perlantikan Mohamed Azmin Ali (kanan) sebagai Menteri Besar Selangor dianggap ‘cacat’, kata peguam perlembagaan Tommy Thomas. 

Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dianggap 'cacat' kerana dia melalui proses pemilihan, kata peguam perlembagaan Tommy Thomas.

Beliau berkata demikian kepada satu persidangan undang-undang antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, dihadiri kira-kira 700 peserta termasuk dari luar negara.

"Apa yang terjadi di Selangor jelas salah," kata peguam itu hari ini, menjawab soalan hadirin pada persidangan tiga hari yang dianjurkan Majlis Peguam Malaysia itu.

Katanya kepada satu soalan sama ada pelantikan Azmin mengikut perlembagaan atau tidak, menteri besar sepatutnya dipilih oleh parti.

Seorang peserta persidangan membangkitkan persoalan itu dengan berkata, apa yang dipelajarinya di sekolah undang-undang ialah perlantikan ketua eksekutif negeri dibuat berdasarkan kepercayaan majoriti yang diperolehinya.

Katanya, pihak yang melantik mesti menggunakan kuasa budi bicaranya berlandaskan proses Parlimen.

Dalam kes Azmin katanya, terdapat proses pemilihan dan kemudian perlantikan.

"Adakah ini mengikut Perlembagaan?" soalnya.

Thomas, seorang daripada tiga panel yang membincangkan tajuk "Perlembagaan Persekutuan Malaysia selepas 50 tahun" berkata, untuk memahami apa yang terjadi di Selangor, perlu merujuk kepada United Kingdom, Australia dan India.

Katanya, Permaisuri tiada kuasa menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri England ketika John Major menggantikan Margaret Thatcher pada 1990.

"Permaisuri (sebagai ketua negara) tiada peranan memilih ketua kerajaan."

Thomas berkata, keadaan yang sama berlaku di Australia di mana Gabenor Jeneralnya, yang merupakan ketua negara, tiada budi bicara dalam perlantikan Julia Guillard sebagai perdana menteri.

"Beliau tidak menolaknya hanya kerana dia seorang wanita."

Thomas berkata presiden India juga tidak menolak Narendra Modi sebagai perdana menteri.

"Beliau tidak pula memberitahu parti tak suka penampilannya dan minta tiga lagi nama."

Malah, katanya, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak juga tentunya akan berkata: "Adakah ini satu gurauan?"

Peguam Sivarasa Rasiah yang juga penasihat undang-undang PKR berkata, peserta luar negara mungkin tidak faham apa yang terjadi di Selangor.

Katanya, ia satu kelainan yang "menarik" kerana menteri besar tidak dilantik daripada nama yang dicalonkan. – 24 September 2014.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.