Pengacara bermulut celupar Joan Rivers mati di
sebuah hospital di New York pada Khamis. Dia
berusia 81 tahun.
Pengacara program Fashion Police itu dimasukkan
ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila dia berhenti bernafas
selepas menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara di sebuah klinik
di New York.
“Dengan dukacita, saya mengumumkan berita
kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia pada 1.17 petang dan
keluarga serta teman rapatnya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas
terakhir,” menurut kenyataan anaknya Melissa Rivers.
Rakan selebriti seperti Whoopi Goldberg, Dolly
Parton turut mengucapkan takziah atas kematian tersebut.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
turut menghantar perutusan takziah atas kematian ikon komedi yang telah
menggembirakan jutaan penonton di seluruh dunia.
Rivers juga merupakan penyokong lantang Israel.
Sebelum ini, pengacara bermulut celupar itu
pernah mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.