KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua parti dalam
Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan
masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain.
Naib
Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini banyak
berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya
dalam isu Menteri Besar Selangor.
"Saya suka ingatkan kepada
semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat
urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.
"Memang
ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu
hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada
Harakahdaily Hari ini.
Beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.
Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.
"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan
pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati
perbezaan pendapat dari PAS.
Malah kata beliau, terdapat
kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam
membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor
yang baharu.
Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa
dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar
bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.
"Saya mengambil sikap, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya.
- HARAKAHDAILY 5/9/2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.