Followers

Tuesday, September 16, 2014

PAS mahu orang lain tapi terpaksa pilih Dr Wan Azizah, kata Hatta Ramli OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Krisis MB Selangor: Gitu, Gini Rupanya Banyak Perkara Tersembunyi

Nampaknya banyak perkara yang tersembunyi
Pengarah pilihanraya PAS pun banyak perkara yang dia tak tahu

Dr Hatta Ramli berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS pada mulanya mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Pakatan Rakyat (PR).
Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.
"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.
"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.
"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.
"Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.
Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.
"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.
Dr Hatta turut mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi PAS yang mahu 13 Adun PAS Selangor kekal tidak memihak Dr Wan Azizah.
Katanya 13 Adun terbabit sepatutnya bersama 28 Adun PR lain memastikan khidmat Khalid ditamatkan dengan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang diputuskan parti.
"Kenapa hendak kekalkan 13 ini sebab dia tidak akan mengubah apa-apa. Adakah 13 Adun ini dijadikan alat untuk mencapai sesuatu cita-cita?
"Kalau mahukan salah seorang 13 Adun ini jadi menteri besar, itu melangkaui persetujuan kita," katanya mengulangi pendirian mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu yang tidak akan menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan.
Beliau turut mempertahankan tindakan Adun Morib Hasnul Morib dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib menyokong Dr Wan Azizah, tidak dianggap melanggar arahan parti.
Dr Hatta turut bersimpati dengan dua Adun terbabit yang digelar pengkhianat sehingga menyebabkan mereka trauma dan terpaksa menghilangkan diri.
"Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 Adun) itu menyokong supaya Sultan senang buat keputusan.
"Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 Adun itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya.
Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata pertama kali dalam sejarah negara istana menolak calon menteri besar yang mempunyai sokongan majoriti.
"Agong tidak pernah buat, raja-raja mahupun Tuan Yang Terutama (TYT) pun tidak pernah buat tetapi di Selangor macam akan berlaku," katanya. – 16 September, 2014.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.