Followers

Friday, September 5, 2014

PARTI ISLAM TIDAK MUNGKIN BERBOHONG.....??

 

PAS hantar 3 nama sebagai calon MB Selangor.  Katanya tidak mahu derhaka kepada Tuanku.  Ok, noleh percaya dan lojik. 

Siapa 3 nama itu?  Janji PAS, tetap ada nama Azizah dan Azmin.  Cuma, siapa seorang lagi?  Rahsia, kata Mustafa Ali.

Baiklah, biarlah rahsia sesama PR asalkan 'Syarie'pada pandangan PAS.  Ada maklumat sebut, nama Azizah dan Azmin tiada, tetapi tetap dua dari PKR dan satu dari PAS. 

Bukan mahu pertikai pilihan PAS, itu hak PAS suka dan sokong siapa.  Cuma ahu tanya PAS, wakil Presiden PAS yang hadir dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum ini hadir untuk apa? 

Bukankah PAS bersetuju untuk sokong Azizah dan PAS juga memilih Azmin sebagai calon kedua?  PKR tidak bantah PAS simpan nama Azmin walaupun PKR dan DAP sepakat menghantar satu nama iaitu Azizah sebagai calon MB Selangor.  Hak PAS untuk simpan lagi satu nama iaitu Azmin. 

Sebelum ini, Mustafa Ali sebut PAS tidak mahu tuntut Kerusi MB Selangor dan PAS tidak akan letak calon dari parti PAS.  Tapi sekarang apa yang berlaku?



Jika PAS telah hantar nama Azizah dan Azmin ke Istana, PAS masih perlu menjawab mengapa ada seorang lagi calon dari PAS? 

Bukankah itu menyalahi janji dan tidak pernah PAS sebut untuk turut menghantar calon sewaktu mesyuarat bersama PR?  Ada maklumat yang lebih dahsyat yang menjejaskan imej PAS iaitu tentang laporan PAS tidak hantar pun nama Azizah dan Azmin sepertima yang mereka persetujui di dalam mesyuarat PR.

Kita tidak bahas tentang hak PAS untuk buat keputusan meletakkan sesiapa saja yang PAS suka hatta calon dari PAS sendiri. 

Cumanya, kita mahu tahu apakah parti Islam ini semudah itu mempersendakan keputusan mesyuarat bersama rakan-rakan PR?  Itu yang PAS perlu jawab....


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.