Followers

Thursday, September 11, 2014

Panas!!! Krisis Menteri Besar Selangor - Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim - By canang

 
 
Krisis Menteri Besar Selangor - Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini jelas dalam perlembagaan KEADILAN dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato’ Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 takkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

Dato’ Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan UMNO sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama.

Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

 
Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
9 September 2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.