Followers

Thursday, September 11, 2014

Cikgu Mat Razi calon BN Pengkalan Kubor

 
 
Bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat Mat Razi Mat Ail dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Bernama melaporkan, pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman rasmi di Tumpat hari ini.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, Mat Razi, 48, yang juga anggota jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan berpengalaman dan jasa terhadap penduduk DUN itu.

"Ustaz Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat di hati rakyat," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan kira-kira 5,000 hadirin oleh Bernama hari ini.

PAS pula setakat ini belum mengumumkan calonnya dan dijadual berbuat demikian esok.

Bagaimanapun, menurut tinjauan, nama paling popular di kalangan penduduk tempatan untuk berentap di DUN itu ialah Setiausaha PAS Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Kerusi Pengkalan Kubur kosong berikutan kematian ADUN sebelum ini, Datuk Noor Zaidi Omar, 57, yang mati akibat kanser.

Hari penamaan calon dijadualkan pada 13 September manakala hari pengundian pada 25 September.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

PKR kali ini memberi laluan kepada PAS untuk bertanding merebut kerusi itu.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.