Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa
kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk
melaksanakan undang-undang hudud.
Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat, Lua Choon Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.
Katanya, PAS telah sekian lama menggunakan kewujudan patung
duduk Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Pengkalan Kubor dan patung Buddha yang lain di Kelantan sebagai testimoni sikap keterbukaannya terhadap agama-agama lain.
Oleh itu, mereka perlu menghentikan usaha untuk melaksanakan undang-undang yang kontroversi itu, kata Lua dalam satu kenyataan hari ini.
Begitu juga, kata Lua, dengan DAP dan PKR, sebagai rakan gabungan PAS, supaya mengambil peluang itu untuk memaksa PAS melupakan undang-undang hudud demi keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.