Followers

Sunday, September 21, 2014

Mat Sabu Bantu Hadi dan Tantawi Menang PRU13


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecil hati dengan dakwaan beliau berkempen untuk menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September, 2014.
Saya tak tentang Hadi, saya bantu dia PRU13, kata Mat Sabu

[The Malaysian Insider] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikecam ahli parti kerana dikatakan berkempen menentang presiden parti menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bagaimana beliau berkempen bagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau juga berkempen untuk bekas ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, apabila beliau bertanding kerusi Temerloh tahun lepas.

Nasrudin dianggap suara yang berpengaruh antara golongan konservatif parti, juga antara yang tidak dipersetujui Mat Sabu.

Mat Sabu berkata beliau menolong Hadi dalam memenangi kerusi parlimen di Marang, Terengganu. Hadi berada di belakang calon Umno pada masa itu dan hampir kalah.

"Apabila saya mendengar Nasrudin susah mendapat sokongan kaum Cina, saya turun padang untuk bercakap kepada mereka dan bawa Nasrudin untuk memberitahu mereka inilah calon (Pakatan Rakyat). Tolong undi dia," kata Mat Sabu.

Mat Sabu berkata, Hadi dan Nasrudin dapat menang sementara beliau sendiri kalah di Parlimen Pendang.

"Mereka katakan saya cuba jatuhkan presiden. Tetapi apabila saya dengar presiden akan kalah di Marang, saya pergi ke Terengganu untuk buat sebaik mungkin.

"Saya tidak boleh terima yang presiden kita akan kalah. Pada masa sama saya tidak boleh terima bekas ketua pemuda kita (Nasrudin) akan kalah juga.

"Saya pernah bercanggah pendapat dengan Nasrudin dahulu, tetapi saya tidak boleh biarkan beliau kalah. Jadi saya tolong beliau. Akhirnya saya yang kalah tetapi tidak mengapa," kata Mohamad.

Mohamad sudah lama menjadi fokus kemarahan golongan konservatif PAS daripada sayap Pemuda ke para ulama hingga ke pemimpin bahagian di seluruh himpunan utama.

Beliau dituduh merancang kempen menentang Hadi selepas mempersoalkan keputusannya dalam krisis menteri besar Selangor.

Semasa himpunan Pemuda ketika beliau memberi ucapan, kumpulan delegasi keluar dari dewan sebagai tanda protes.

Mohamad berkata, walaupun beliau berada di dalam parti untuk masa yang lama dan banyak pengalaman dalam dikritik, beliau masih kecil hati dengan tuduhan komplot beliau terhadap presiden.

"Saya masih manusia juga, bukannya dibuat dari plastik." – SHERIDAN MAHAVERA/20 September, 2014.

P/s: Ada baiknya MP Temerloh ini kalah pada PRU14 agar dia bermuhasabah diri. Dengan kenyataan dan perkara yang berlaku di Selangor, susah mereka untuk mendapat kepercayaan kaum bukan Melayu pada masa akan datang.

Tolong ajarkan pantun ini kepada geng pak lebai junior: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.



Duniacacamarba

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.