Followers

Wednesday, September 17, 2014

Kumpulan pro-Hadi keluar ketika Mat Sabu berucap ?? - Kelab Greenboc

[GAMBAR & VIDEO] 50 Pemuda Keluar Dewan Untuk Malukan Mat Sabu?

 


 
Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

Sungguhpun begitu, lebih 700 perwakilan Pemuda lain yang hadir tidak terpengaruh dengan tindakan kumpulan itu sebaliknya memberi tumpuan kepada ucapan beliau.

Dalam sidang medianya kemudiannya, Mohamad menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui "tidak nampak" perbuatan mereka itu.

'Mungkin pergi solat'

Beliau bagaimanapun menganggap mungkin tindakan kumpulan itu keluar untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan memasuki kembali dewan persidangan itu.

"Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," katanya yang mengganggap "biasa" apabila kumpulan itu memakai vest seumpama itu.

Kenyataan Mohamad itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang hadir dalam sidang media itu.

"Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang ada pergi sembahyang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak dapat memastikan hal itu kerana beliau berada depan pentas.

Beliau berkata jika benar, bekas ketua Pemuda PAS itu menyifatkan ia "suatu yang tidak sepatutnya berlaku".


"Walau macam mana pun, kita akan dengar laporan nanti daripada muktamar Pemuda tentang apa yang berlaku. Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya duduk di barisan hadapan," katanya.





ULASAN GB Jika benar berlaku, sungguh pemuda yang bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan Presiden PAS berucap diasuh dengan akhlak yang kurang adab, mereka tiada "adab berjemaah" sekalipun mereka memakai vest kononnya "KAMI BERSAMA PRESIDEN DAN MAJLIS SYURA ULAMA".

Tindakan mereka dilihat untuk memalukan Mohamad Sabu. Namun tindakan mereka meninggalkan dewan itulah yang sebenarnya memalukan Presiden dan Majlis Syura Ulama sendiri seolah-olah Presiden dan Majlis Syura Ulama mengajar mereka demikian.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipilih oleh perwakilan muktamar. Justeru tindakan meninggalkan dewan oleh 50 orang pemuda tersebut amat biadab dan tidak sepatutnya berlaku. Mujur hanya 50, sedangkan 700 yang lain tidak berganjak dan tidak termakan dengan hasutan 50 orang yang cuba berlagak pandai dan berlagak hero berkenaan.

Berdiam dirikah Lembaga Disiplin parti terhadap kumpulan biadab ini?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.