Followers

Thursday, September 11, 2014

KDN sahkan tiada perkembangan usaha mansuh Akta Hasutan, kata Pemuda Pakatan Oleh Mohd Farhan Darwis

Photo: KDN sahkan tiada perkembangan usaha mansuh Akta Hasutan, kata Pemuda Pakatan

Oleh Mohd Farhan Darwis

Published: 11 September 2014

(Dari kiri) Ketua Pemuda Pakatan Rakyat Suhaizan Kaiat (PAS), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) dan Teo Kok Seong (DAP) di Kementerian Dalam Negeri pagi ini untuk menghantar memorandum mendesak Akta Hasutan dimansuhkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiada sebarang usaha dilakukan Putrajaya bagi memansuhkan Akta Hasutan selepas perkara itu diumumkan perdana menteri pada 2012, kata pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil KDN dalam pertemuan mereka hari ini di Putrajaya ketika menghantar memorandum mendesak akta berkenaan dimansuhkan.

"Saya ada tanya kemusykilan kita, apa perkembangan setakat ini setelah perdana menteri umumkan ingin memansuh Akta Hasutan. Jawabnya, tiada sebarang perkembangan. 

"Tidak ada sebarang perkembangan ke arah memansuhkan Akta Hasutan. Ini amat mengecewakan kita," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Pemuda Pakatan hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap penggunaan Akta Hasutan 1948 dan mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN Datuk Awang Din yang memaklumkan perkara itu.

Suhaizan berkata, dalam perbincangan itu, mereka memberikan pandangan tentang kebaikan dan keburukan akta itu sekiranya ia dikekal atau dimansuhkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pertemuan itu berjaya kerana memorandum itu dapat diserahkan dan perbincangan dapat diadakan dengan wakil kementerian.

"Kita dapat nyatakan pandangan kita, dan beliau berkata perkara itu akan disampaikan kepada pihak menteri," katanya.

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong berkata, Pemuda Pakatan turut mendesak Putrajaya menghentikan segera tindakan menahan individu menggunakan akta berkenaan.

"Walaupun ada pengumuman perdana menteri hendak mansuhkan akta itu, berlaku banyak pendakwaan akhir-akhir ini. Kita minta ia dihentikan segera," katanya.– 11 September, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.