"KAJANG MOVE" gagal? Tentunya tidak gagal kerana aku boleh gariskan
faktor-faktor mengapa aku sebut Langkah Kajang ini masih releven dan
amat penting diteruskan walaupun tanpa Anwar mahu pun Azizah. Azmin
mampu membawa hasrat besar kita agar dapat merealisasikan objektif
"Kajang Move".
Objektif paling penting, keluarkan dulu 'ejen amno' di dalam teraju
utama Kerajaan PR Selangor. Maka, Kajang Move berjaya nyahkan TSKI dari
Kerusi MB Selangor setelah beliau gagal membela dirinya dari tuduhan
yang dihadapkan kepadanya.
Gagal meletakkan Anwar dan Azizah sebagai MB Selangor untuk terus
menekan amno Selangor, tidak bermakna kita berhenti di situ.
Anak didik
Anwar dijadikan pemain simpanan tampil menerajui MB Selangor
menggantikan TSKI. Langkah pertama beliau, kaji semula Perjanjian
Konsesi Air dan Langat 2 yang ditandatangani oleh TSKI secara kelamkabut
dahulu. Azmin akan semak semula perjanjian ini samada ianya 'ada udang
di sebalik batu".
Bukan itu saja, Azmin akan mengkaji semula projek Lebuhraya Kidex yang
telah mendapat bantahan ribuan penduduk sekitar. Siapa kontraktor yang
bakal memperolehi projek lumayan itu? Benarkah orang itu adalah kroni
Tun Daim yang telah menjadi perantara penyelesaian hutang TSKI?
Ini
yang Azmin akan teliti dan ini juga merupakan salah satu objektif Kajang
Move. Dan, banyak lagi projek yang dirancang oleh TSKI sebelum ini
bakal disemak semula oleh Azmin selaku MB Selangor yang baru.
Tentunya
ini akan menggelisahkan beberapa orang yang selama ini cari makan dengan
TSKI.
Apakah anda fikir tanpa Kajang Move semua ini boleh dilakukan?
Mustahil, bahkan TSKI terkenal dengan sifat suka berahsia dengan
partinya sendiri.
Kali ini kita akan tahu kebenarannya sejauh mana
kehebatan TSKI selama ini untuk memenuhkan poket-poket kroni amno.
Tanpa Kajang Move ianya tidak akan boleh berlaku.
Adanya Kajang Move, kita kenal siapa kawan kita yang paling setia
sewaktu kita susah.
Kajang Move juga mendedahkan kepada kita bagaimana
rupanya yang dikatakan Sistem Raja Berperlembagaan. Itu baru sedikit
yang dapat dihuraikan.
Selebihnya kita sendiri akan tahu nanti mengapa
Anwar mencipta Kajang Move walaupun sekarang ini mereka memperlekehkan
Kajang Move.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.