Atuk ‘Terajang’ Perogol Berbogel
[Harian Metro] Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan
berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat
hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari
diperkosa pagi semalam.
Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata,
kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an
menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.
Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada
di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.
“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus
menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah
sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang
menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro
semalam. -Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/24/9/14
P/s: Laporan berita mengundang persoalan.
Duniacacamarba
.jpg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.