Followers

Thursday, September 18, 2014

Istana edar jemputan majlis angkat sumpah MB baharu Selasa depan OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Istana edar jemputan majlis angkat sumpah MB baharu Selasa depan

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 18 September 2014

Sultan Selangor sudah membuat pilihan siapa yang bakal menjadi menteri besar Selangor yang baharu dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akhirnya membuat keputusan muktamad memilih menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menetapkan tarikh 23 September ini sebagai majlis angkat sumpah.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada pukul 10 pagi.

Pejabat Istana Selangor ketika dihubungi mengesahkan kad jemputan itu yang sudah mula diedarkan kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).

Namun begitu, sumber itu enggan mendedahkan individu yang akan dilantik Sultan Selangor minggu hadapan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika bercakap dengan The Malaysian Insider menganggap berita itu adalah benar namun pihaknya masih belum menerima sebarang jemputan.

Perkara ini juga disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Terdahulu hari ini, Munir mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan konvensyen sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Sehingga kini, PAS dikatakan menghantar tiga nama iaitu dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.

Ketiga-tiga mereka dikatakan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok), Dr Yakub Sapari (PKR-Kota Anggerik) dan Adun Cempaka Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang exco kerajaan negeri.

Tidak diketahui apakah PKR dan DAP menambah bilangan calon mereka selepas dititah murka oleh Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama sahaja sedangkan istana menitahkan dihantar lebih daripada dua nama.

PKR dan DAP sebelum ini memutuskan calon mereka hanya satu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan pelantikan menteri besar Selangor hanya akan dibuat selepas Muktamar PAS ke-60 yang bakal berakhir pada 20 September iaitu Sabtu ini. – 18 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com Sultan Selangor sudah membuat pilihan siapa yang bakal menjadi menteri besar Selangor yang baharu dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.