Followers

Sunday, September 14, 2014

Islam hanya satu, manusia yang cipta pelbagai aliran, kata Dr Mahathir

Published: 14 September 2014

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan keislaman seseorang itu tidak boleh dijadikan ukuran hanya kerana berbeza fahaman. – 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan kewujudan pelbagai aliran fahaman Islam dicipta manusia, dan menegaskan dalam Al-Quran hanya mempunyai satu jenis Islam.

Bekas perdana menteri itu mengulas perpecahan umat Islam Sunni dan Syiah sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpengaruh untuk berjihad menentang kerajaan Syria pimpinan Bashar Al- Assad yang dibenci hanya kerana beliau dikatakan bermazhab Syiah.

"Dalam Al-Quran ada satu Islam sahaja. Kita yang buat tiga Islam, empat Islam. Sekarang ini ada 1,000 Islam. Islam 'Ayah Pin' pun ada. Benda semua ini tidak betul," kata Dr Mahathir dalam wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

"Di mana dalam Al-Quran disuruh Syiah berperang dengan Sunni ini berperang?"

Mengenai situasi di Malaysia di mana penganut agama Syiah ditekan pihak berkuasa, Dr Mahathir berkata tidak semestinya ia menjadi alasan untuk menuduh mereka sebagai kafir.

"Ya, kita tidak suka orang Syiah datang ke sini.

"Kita tidak setuju dengan dia, kita tidak mahu dia datang sini tetapi kita tidak boleh kata dia ini kafir," kata bekas presiden Umno itu.

Menurut Dr Mahathir, seperti juga penganut Sunni, penganut Syiah juga mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang.

"Ini sudah sampai kepada satu tahap, orang Syiah ini kafir, kita bunuh dia, itu salah.

"Dia mengucap dua kalimah syahadah, dia sembahyang, dia terima nabi, dia terima Allah," katanya.

Dr Mahathir menegaskan keislaman seseorang itu tidak boleh dijadikan ukuran hanya kerana berbeza fahaman.

"Kita tidak boleh persoal keislaman atau taraf keislaman orang semata-mata kerana dia berbeza sedikit daripada kita," katanya.

Penganut ajaran Syiah di Malaysia berdepan dengan tekanan dan ancaman daripada "mullah-mullah" Putrajaya yang mengatakan mereka terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Malah semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 menyaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan serangan terhadap mazhab Syiah.

Selain itu, agensi penguatkuasa agama juga digunakan untuk menindas dan mengganggu penganut agama Syiah.

Mengenai situasi persengketaan di antara Sunni dan Syiah di negara Timur Tengah sehingga menyebabkan perang saudara, Dr Mahathir berkata mereka yang pergi berjihad dan membunuh orang seagama tidak mengikut ajaran Islam sebenar.

"Sebab itu saya kata sebab orang ini pergi berjihad tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

"Sebaliknya mereka ajar supaya orang Islam bermusuh dengan orang Islam," katanya. – 14 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/islam-hanya-satu-manusia-yang-cipta-pelbagai-aliran-kata-dr-mahathir#sthash.KMMx8z4a.dpufPublished: 14 September 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/islam-hanya-satu-manusia-yang-cipta-pelbagai-aliran-kata-dr-mahathir#sthash.KMMx8z4a.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.