Followers

Sunday, September 14, 2014

Anwar ‘Raja Nepotisme’, kata Utusan


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kekal calon tunggal bagi menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kekal calon tunggal bagi menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Utusan Malaysia terus mengasak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung krisis menteri besar Selangor dengan memberinya gelaran “Raja Nepotisme” kerana bermati-matian mahu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kekal calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam ruangan Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini, tindakan Anwar kekal dengan nama isterinya dikecam walaupun sudah meminta maaf kepada Sultan Selangor sebelum ini.

"Penasihat PKR itu bermati-matian mahukan isterinya. Boleh diberi jolokan Raja Nepotisme, berbeza daripada Raja Gelek macam M. Daud Kilau," kata Awang Selamat.

Anwar juga dipersalahkan sebagai punca krisis menteri besar Selangor tidak selesai dan masih tergantung hingga hari ini.

"Sudah lebih tiga minggu isu calon menteri besar masih belum dapat diselesaikan kerana Anwar tetap mencalonkan satu nama sahaja iaitu isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.

"Walaupun pelbagai pihak termasuk pemimpin PAS menyifatkan Wan Azizah tidak berkebolehan selain pandangan umum bahawa beliau sekadar boneka Anwar," katanya.

Awang Selamat juga memuji ketegasan baginda dalam menangani isu menteri besar Selangor kerana tidak tunduk kepada desakan PKR dan DAP yang hanya menghantar satu nama.

"Jika Anwar mahu menguji pula sejauh mana ketegasan Sultan Sharafuddin Idris Shah, beliau telah faham mesejnya.

"Biarpun ditekan dan diasak oleh PKR dan DAP dalam isu tersebut, baginda tidak goyah. Sekali lagi Sultan Selangor tampil menzahirkan rasa duka cita terhadap kedua-dua parti itu," katanya.

Perkembangan terkini kemelut di Selangor memberi gambaran ia mungkin berlarutan khususnya selepas Sultan Selangor secara terbuka mengatakan murka dengan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, PKR dan DAP sudah memohon ampun kepada baginda atas kesilapan menghantar satu nama sahaja.

PKR dan DAP enggan akur kepada titah supaya memberi dua nama calon menteri besar, sebaliknya hanya PAS yang patuh kepada titah itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak senada dengan kepimpinan PKR dan DAP, secara terbuka menyatakan pendirian bercanggah dan berbeza.

Terbaru, Hadi dikatakan mahu Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor dan menawarkan dirinya untuk memantau pentadbirannya. – 14 September, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-raja-nepotisme-kata-utusan#sthash.W2aitONX.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.