Followers

Monday, September 22, 2014

Ini Kah MB S'gor? Dah Dipanggil Sultan.. Posted by Ibnu Hasyim



Dr. Ahmad Yunus Hairi


KUALA LANGAT - Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang merupakan antara nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu mengesahkan beliau ada menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.


Menurut Ahmad Yunus, pertemuan itu berlangsung kurang daripada sejam. 


Beliau berkata, pertemuan itu diadakan sebelum beliau menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di Johor dan enggan mengulas mengenai intipati perjumpaan tersebut.

"Perkara itu harus diajukan kepada Sultan Selangor" katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejuaraan Antarabangsa Paragliding Jugra 2014 di Jugra di sini semalam. (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.