1.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan kerajaan
Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah
membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais
bilateral di negara ini.
2. GAMIS meluahkan rasa kebimbangan dan
kerisauan di sebalik apa yang terjadi. Walaupun dimaklumkan oleh
Angkatan Tentera Darat Malaysia bahawa tujuan pendaratan mereka adalah
untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan
Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia
sungguh mencurigakan.
3. Pendaratan tentera Amerika ini juga
sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan
Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia,
khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation
Protective Edge) selama tujuh minggu.
4. Kerajaan Malaysia telah
meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya. Tidak boleh
dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang
dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat
ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di
Malaysia. Seribu satu kemungkinan bakal berlaku.
5. Justeru itu,
GAMIS begitu kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menyambut Hari
Malaysia, 16 September dengan mencetuskan kebimbangan dilubuk hati
rakyat akan keselamatan tanah air tercinta. Negara dalam keadaan bahaya
selepas menjadi mangsa pertembungan kuasa besar dunia dengan tragedi
pesawat MH370 dan MH17 serta di sebalik kedatangan Barack Obama yang
mempunyai seribu satu persoalan.
6. GAMIS terus mendesak
kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan
keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.
7. GAMIS
sebagai sebuah gerakan mahasiswa dengan tegas mahu kerajaan Malaysia
bertindak segera dengan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan
Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 15/9/2014
Abdul Malik Ab Razak ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.