Surat Kak Wan Kepada Tok Guru Hj Hadi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.
Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.
Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.
Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.
Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan itu tetap berjalan walaupun ada yang sering mengejek hukum yang GB selalu perkatakan...
Hari ini jika kita aib dan guriskan hati orang, satu hari bersedia untuk diaibkan dan hati kita diiguriskan pula.
Di dalam Al-Quran, Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah kerana mengabaikan dan mengguriskan hati Ummi Maktum sehingga turun satu surah yang indah iaitu Surah 'Abasa, "Dia bermuka masam dan berpaling".

Masa
itu Rasulullah bermuka masam dan mengecewakan Ummi Maktum yang lemah,
dan dengan segera Allah turunkan ayat berkenaan sebagai satu peringatan
dan teguran buat Rasulullah saw.
Dan sejak itu di mana saja Rasulullah
bertemu dengan Ummi Maktum bagindamenunjukkan muka yang jernih berseri
kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah aku
guriskan hatinya menyebabkan turun ayat peringatan dari langit
kepadaku."
Tidak cukupkan keaiban bab saman RM2 juta dalam isu fitnah pil kuda dan komunis yang tidak ada bukti sehingga seluruh jemaah terpalit dengan fitnah berkenaan sehingga perlu mengaibkan dan mengguriskan hati seorang yang juga seorang Presiden dari parti rakan?

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.