Followers

Sunday, September 28, 2014

Di Mana Suara Kamu Ketika Nik Amar Pecat Tim Pengasas KIAS?



Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree

MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya.

Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu.

Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof.

"Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu.

"Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin.

Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mendakwa tindakan terhadap Iszuree diambil tanpa surat tunjuk sebab atau dipanggil memberi penjelasan.

Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu.

Bukan fitnah

"Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat.

"Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS.

"Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin.

Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu.

Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut.

"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri.

"Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya. -MK



Patutlah Ahli Majlis Pulau Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS.. Ikuti Penjelasan Rakannya

PETALING JAYA: Ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim di Muktamar PAS minggu lepas tidak disenangi oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Hariszuan Jaharudin.

Iszuree mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno, tidak menggambarkan situasi sebenar di negeri ini.

Mohd Hariszuan berkata ucapan Saudara Iszuree langsung tidak menyebut berkenaan cadangan projek pemindahan pangkalan TUDM Butterworth yang jika direalisasikan akan menyebabkan 19 perkampungan serta pekan di kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas di SPU lenyap, sekaligus mengubah demografi penduduk secara agresif.

“ Apakah sikap dan solusi yang boleh ditawarkan oleh Saudara Izuree dalam isu ini?

“Mengapakah Saudara Iszuree tidak mengkhabarkan kepada dewan muktamar betapa banyak kes mahkamah antara pemaju dan penduduk yang cuba dibantu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjadi pemudahcara?

“Sebaliknya, Saudara Iszuree menyebut mengenai projek pembangunan Batu Uban. Siapa disebalik projek pembangunan di Batu Uban? Apakah Saudara Iszuree mencadangkan agar Kerajaan Negeri melanggar perjanjian yang dibuat awal sebelum ini?

“Sebagai rakan Ahli Majlis dalam MPPP, saya sentiasa cuba memahami segala kerisauan Saudara Iszuree mengenai isu pemilikan rumah dan status kampung Melayu di negeri ini.,” katanya.

Mohd Hariszuan berkata, malah, beliau antara yang menyokong kuat cadangan Saudara Iszuree untuk mengadakan sesi taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu.
“Namun, belum pun sempat taklimat ini diadakan, Saudara Iszuree telah dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

“Saya tiada masalah jika Saudara Iszuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar.


“Saya khuatir, jika kenyataan ini tidak diperbetulkan, akan wujud tanggapan bahawa sikap Saudara Izuree ini umpama musuh dalam selimut,” katanya. ~free malaysia today -

ULASAN GB

Tindakan DAP mengeluarkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran kritikannya terhadap polisi setinggan kerajaan negeri di muktamar PAS baru-baru ini tiba-tiba mengundang respons dan kritikan tajam bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi.

Tetapi yang menghairan GB ialah di mana suara mereka tatkala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah memecat bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan?

Malah turut dipecat ialah Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Jika DAP lakkan terhadap PAS tidak boleh, tetapi PAS sendiri boleh lakukan ke atas ahli-ahli PAS hanya semata-mata mereka bukan sekumpulan (UG) dengan kamu?

Kamu bising untuk menunjukkan kononnya DAP zalim, DAP tidak demokratik dan sebagainya sedangkan sebelum itu pemimpin dari kalangan kamu sudah pun berlaku zalim dan sudah tidak demokratik ke atas ahli-ahli PAS sendiri!

Kalau hendak dikisahkan semula betapa kumpulan UG ini gila jawatan gila kuasa, memang banyak. Tetapi kita usah bongkar yang lain, cukup anda menjawab mengenai tindakan tidak demokratik Nik Amar tersebut. Dimana suara kamu ketika itu?

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.