Adakah
Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan diadakan di Batu Pahat, Johor
mulai pagi ini sehingga Sabtu bakal mencipta satu kejutan besar dalam
arena politik negara?Adakah PAS akan kekal dalam pakatan pembangkang
yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP atau sedang
mencongak kemungkinan keluar untuk membawa haluannya sendiri?
Kemungkinan
itu wujud berikutan pertembungan pendapat antara kepemimpinan PAS, DAP
dan PKR pada masa kini sehingga parti yang memperjuangkan Islam
diperlekehkan dengan pelbagai label seperti ‘pak turut’ dan terbaru
‘parti u turn’ (pusingan u).
Kemuncak
kepada pertelingkahan mereka sudah tentu berpunca daripada krisis
pelantikan Menteri Besar Selangor yang bermula akibat tindakan PKR mahu
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden parti itu,
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan
itu tidak dipersetujui oleh PAS sehingga menyaksikan Presidennya, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menggunakan kuasanya bagi mencadangkan
nama calon lain selaras dengan saranan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah.
Tindakan Abdul Hadi itu nyata tidak disenangi PKR dan DAP yang beriya-iya untuk melantik Wan Azizah yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan pakatan itu selama ini menentang sebarang unsur nepotisme.
Tindakan Abdul Hadi itu nyata tidak disenangi PKR dan DAP yang beriya-iya untuk melantik Wan Azizah yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan pakatan itu selama ini menentang sebarang unsur nepotisme.
Ironinya, pendapat Abdul Hadi itu seolah-olah tidak disenangi atau tidak difahami oleh Timbalannya, Mohamad Sabu.
Beliau
tanpa berasa malu dan dengan terbuka membuat kenyataan di media bahawa
kenyataan Abdul Hadi itu bukanlah keputusan rasmi parti dan lebih
bersifat peribadi.
Lebih
parah apabila Mohamad atau Mat Sabu berulang kali mempertahankan
keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang bersetuju
Wan Azizah dan Azmin Ali dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Persoalannya, bagaimana sesama pimpinan tertinggi parti boleh bercanggah pandangan dan pendapat?
Tidak
semena-mena PAS menerima kesan paling teruk akibat krisis pelantikan
Menteri Besar Selangor kerana bukan hanya hubungannya dengan rakan dalam
pakatan pembangkang ibarat retak menanti belah malah ahlinya turut
terheret dengan bercakaran sesama sendiri.
Malah,
wujud juga dakwaan ada desakan supaya pucuk pimpinan PAS termasuk Abdul
Hadi ditukar seperti diakui oleh seorang hadirin yang menghadiri
pertemuan pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Kota
Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
PasMa
adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa bakal
membentuk ‘PAS baharu’ dan kebanyakan dianggotai oleh kumpulan proAnwar
dalam PAS atau Anwarinas.
Pertikaian
berhubung isu Menteri Besar Selangor turut mengheret Timbalan Mursyidil
Am PAS, Datuk Dr Haron Din dengan lantang mendesak Majlis Ulama
memperhalusi semula tahaluf siyasi atau kerjasama dalam Pakatan Rakyat
demi memastikan kepimpinan tertinggi parti itu tidak terus diperlekehkan
oleh rakan pembangkang termasuk mengutuk dan memfitnah dengan
terang-terangan terhadap Abdul Hadi.
Krisis
Menteri Besar Selangor jelas menguji PAS yang mempunyai lebih ramai Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding PKR dan terpaksa akur dengan
perjanjian bahawa jawatan itu harus disandang wakil PKR sekiranya menang
pilihan raya umum.
Jika dalam
beberapa isu sebelum ini, PAS dilihat seperti pak turut tetapi tidak
dalam krisis Menteri Besar apabila Abdul Hadi membuat keputusan
‘menongkah arus’ berbanding pendirian pakatan pembangkang yang muktamad
hanya mencalonkan Wan Azizah.
Memang
Abdul Hadi sudah memulakan sesi penjelasan mengenai tindakannya tidak
menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar, namun ia hanya
dalam konteks kecil dan tidak menyeluruh.
Jadi,
ramai sememangnya menantikan pendirian bakal disuarakan Abdul Hadi pada
muktamar kali ini di pentas sama dengan golongan ulama dan Anwarinas
menyatakan ketegasannya atau hanya menjadi kenyataan biasa berbentuk
anti klimaks seperti sebelum ini.
Turut
dinantikan ucapan daripada wakil ahli PAS mewakili badan perhubungan
negeri masing-masing yang diibaratkan sebagai mencurah isi hati ahli
yang sudah tentu mahukan yang terbaik demi masa depan parti.
Pendek
kata, Muktamar PAS kali ini cukup menarik perhatian ramai yang
menantikan kejutan daripada parti itu atau ia tidak lebih daripada gimik
biasa pembangkang yang cuba menarik simpati politik.
KL TODAY.COM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.