Aktivis Ali Abd Jalil akhirnya bebas hari ini, tanpa ditangkap semula,
setelah berada dalam tahanan polis lebih 3 minggu.
Peguamnya New Sin Yew
memberitahu The Malaysian Insider, Ali dibebaskan dari ibu pejabat
polis Nusajaya pada jam 3.35 petang.
Ali melalui satu pengalaman yang
menakutkan berikutan disiasat polis kerana dituduh membuat posting
berunsur hasutan di laman sosial.
Dia menghabiskan lebih 20 hari dalam tahanan polis kerana dibawa ke tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor di mana laporan polis dibuat terhadapnya sebelum ini.
Dia menghabiskan lebih 20 hari dalam tahanan polis kerana dibawa ke tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor di mana laporan polis dibuat terhadapnya sebelum ini.
Ali berdepan dengan
tiga tuduhan hasutan menghina Sultan Selangor dan Sultan Johor dalam
kiriman laman Facebook.
Dia dituduh menghasut menerusi penulisan di
laman Facebook "Kapitalis Bangsat" yang dikatakan menghina Sultan Johor.
Ali pertama kali ditahan pada 8 September dan berada dalam tahanan
polis Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
New sebelum ini berkata kepada
The Malaysian Insider penahanan Ali di tiga negeri itu merupakan
penderaan fizikal dan mental kepada anak guamnya.
"Penahanan ke tiga negeri itu tidak berguna kerana semua penyiasatan boleh dilakukan di Kuala Lumpur," katanya. Pada 23 September, Ali dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM8,000 di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Bagaimanapun, pembebasannya tidak bertahan lama selepas ditahan
semula dan dibawa ke Johor kerana terdapat laporan polis terhadap
dirinya di sana.
Ali dibebaskan polis Johor pada Jumaat dan kemudian
ditahan semula polis Nusajaya bagi membantu siasatan.
New berkata, Ali
ditahan polis lebih lama berbanding seorang suspek bunuh yang hanya
boleh ditahan sehingga 14 hari sebelum dibebaskan atau didakwa.
Ali juga mendakwa dia dipukul polis pada malam pertamanya ditahan pada 8 September dan abangnya sudah membuat laporan polis. Satu kumpulan aktivis muda berhimpun pada Ahad menunjukkan solidariti pada Ali.

Kempen
Solidariti Untuk Ali itu diadakan di Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka
dengan sekumpulan mereka memegang sepanduk dan membuat pertunjukan di
hadapan pusat beli belah Sogo.
Di hadapan orang ramai, kira-kira 20 anak
muda menyanyikan lagu Buruh Tani yang liriknya menggesa mahasiswa
bangkit demi perubahan.
Polis dilihat membuat pemantauan dengan terdapat
anggota yang mengambil gambar dan video acara itu.
Salah seorang peserta itu ialah Safwan Anang yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada forum 13 Mei tahun lalu.
Salah seorang peserta itu ialah Safwan Anang yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada forum 13 Mei tahun lalu.
Safwan berkata demonstrasi
aman itu penting bagi menghantar mesej kepada Ali bahawa dia mendapat
sokongan walaupun ditahan, selain mendidik orang ramai kepentingan
memansuhkan Akta Hasutan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.