Followers

Saturday, August 23, 2014

ZURAIDAH, KETUA WANITA PKR - JADILAH SEORANG WANITA SEJATI

 

ZURAIDAH telah diumumkan menang sebagai Ketua Wanita PKR menewaskan Dr Rodziah dengan undi yang tipis.  Di dalam keadaan pemilihan yang begitu kelamkabut, Zuraidah tidak berjaya menjarakkan dirinya jauh dari pesaingnya.  
 
Ertinya apa?  Ertinya Zuraidah kini mula mengalami kemorosotan sokongan dari kaum wanita di dalam PKR.

Mengapa Zuraidah selalu diperkatakan orang?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana kelancangan mulutnya.  Beliau tidak mampu mengawal mulutnya dari menghentam tanpa batasan lawannya samada dari Umno bahkan rakan sendiri.  
 
Aku juga tidak menyokong TSKI dan sentiasa mendedahkan tidak betulnya TSKI tetapi tidak lah sampai menghina setahap Zuraidah selalu perkatakan kepada bakal mantan MB Selangor itu.  
 
Kutukan yang tidak sepatutnya datang dari seorang YB yang juga Ketua Wanita.  Bukankah wanita ini mempunyai sifat lemah lembut, sopan dan berbudi bahasa?  Tegurlah TSKI secara baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari ayat-ayat aku.

Terbaru di dalam ucapannya sewaktu perasmian Kongres Wanita PKR di Shah Alam, bukan main ego dan sombongnya Zuraidah.  
 
Beliau sebut jika diadakan PRN Selangor, semua Kerusi Umno/Bn akan kita sapu bersih.  Ini bukan keyakinan, ini ego dan sombong yang tidak berpijak dibumi nyata.  Jangan terlalu meninggi diri.  Cermin dulu adakah anda dan PKR telah benar-benar bersedia untuk menghadapi PRN?

Sepatutnya di dalam ucapan itu beliau fokus kepada penyatuan ahli.  Berikan suntikan kepada ahli wanita PKR dan beri amaran kepada mereka bahawa PKR khususnya dan PR amnya berada di dalam situasi genting jika tiada penyatuan di dalam kemelut MB Selangor.  
 
Itu fakta dan itu hakikat yang sebenar.  Mengapa perlu sedapkan hati sendiri dan menipu perwakilan?

Rakyat akhirnya bukan tidak mahu sokong PR tetapi akan merasa tercabar dengan keegoanmu itu.  Kangan kamu fikir kamu merasa selamat di Parlimen Ampang tetapi tidak langsung memikirkan kawasan-kawasan lain yang diwakili oleh rakan-rakan dari PKR, PAS dan DAP?  Jangan kerana mulut kamu maka mereka ditolak rakyat. Jika kamu seorang ditolak tidak mengapa sebab itu memang yang kamu cari.

Aku harap Zuraida boleh berubah sikap.  Jadilah Ketua Wanita yang berjiwa wanita.  Wanita boleh menyertai peperangan dengan semangat yang kuat dan berani, tetapi bukan bermakna maruah dan nilai wanita itu dilenyapkan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.