Followers

Saturday, August 23, 2014

Layak Kah DS Anwar Ibrahim Diibaratkan Sebagai "ANJING" Oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Trengganu ?

Anwar Ibarat Anjing - Ketua Pemuda Pas Terengganu






Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu menyatakan perkara yang haq, perkara yang benar dan perkara yang nyata jelas pada penglihatan mahupun pendengaran.

Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai ANJING.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” TTIMES memetik komen tersebut.

Inilah gambar yang diedar di facebook sekarang. 
 
Kesahihannya belum disahkan.
 
Aku benar-benar berharap berita ini adalah palsu. 
 
Jika kata-kata ini benar-benar keluar dari mulut Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu bermakna manusia ini memalukan PAS.

Beratus pemimpin PAS yang aku ikuti perkembangannya. Tidak seorangpun mengeluarkan kenyataan menyifatkan seseorang seperti anjing. 
 
Mereka sedar mereka mewakil PAS, sebuah parti yang memperjuangkan agama. Mereka sedar jika Buruk tingkah laku mereka atau perkataan mereka akan memalukan Islam dan PAS.

Tidak pernah juga aku mendengar atau membaca berita pemimpin umno yang sangat membenci Anwar Ibrahim menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai anjing.

Jika berita ini benar, aku pertikai apa maksud budak ni

- gendangperang

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.