Followers

Sunday, August 10, 2014

Zuraida Kamaruddin: "Khalid dipecat kerana derhaka kepada parti?"

 
Zuraida-Kamaruddin
Kalau tidak mahu ikut undang-undang parti buat parti sendiri, jadi Menteri Besar sendiri

SHAH ALAM: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana beliau derhaka kepada partinya.

Zuraidah menuduh Khalid sebagai derhaka kerana ingkar mengikut arahan partinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Dalam situasi ini parti memilih Presiden PKR bukan pilih Ah Chong atau Ane.

“Ini derhaka namanya, tetapi belum masuk neraka lagi,” katanya dalam ceramah penerangan isu semasa negeri Selangor di Dewan Teratai, Seksyen 19.

Tambah Zuraida, beliau bercakap mengenai etika sebagai anggota parti harus mengikut undang-undang parti.

“Kalau tidak mahu ikut undang-undang parti buat parti sendiri, jadi MB sendiri.

“Apa susah, selepas ini Khalid bebas, buat parti bebas ikut pilihanraya. Tengok boleh menang ke tidak?” jelasnya.

Ujarnya lagi, Khalid mestilah mempunyai sikap merendah diri kerana beliau tidak akan menjadi MB sekiranya parti tidak mencalonkannya.

“Cukup lah lima tahun untuk Khalid mentadbir Selangor dengan caranya tersendiri. Beri laluan kepada orang lain.

“Namun Khalid tetap berdegil, dan enggan berundur untuk digantikan tempatnya dengan Wan Azizah. Ini memperlihatkan sikap Khalid sebenar.

“Jika inilah caranya, kita perlu menyokong tindakan parti membuat tindakan sedemikian kepada Khalid,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.