Followers

Sunday, August 10, 2014

Pendedahan Mengejutkan Selepas Pemecatan Khalid Ibrahim

 
SHAH ALAM: Tindakan Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang telah memecat Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli seumur hidup PKR merupakan satu tindakan yang tepat dan adil kata Naib Ketua Cabang Kuala Selangor, Nor Azhar Jamil.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya mengutamakan kepentingan ahli-ahlinya sendiri selain tidak melupakan arahan-arahan yang diberikan oleh pihak parti.

“Bagi ahli parti di akar umbi, berita mengenai pemecatan Khalid kami anggap sebagai satu tindakan yang tepat kerana beliau secara jelas telah melanggar disiplin parti.“Walaupun diberi masa untuk tampil memberi penjelasan, beliau masih enggan dan berdegil untuk melakukan yang demikian.

“Di peringkat cabang pula, Khalid tidak pernah menghiraukan kawasannya serta sering mengabaikan tanggungjawab,” ujarnya sewaktu ditemubual oleh FMT.Azhar turut menjelaskan bahawa pihaknya menyokong sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar disiplin tanpa mengira jawatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan di peringkat Cabang Kuala Selangor, pihaknya telah menetapkan resolusi untuk sebulat suara menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.

Selain itu, bagi Azril Idris yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor,  selama enam tahun ini Khalid tidak pernah ambil kisah tentang AMK dicabangnya.

“Selama enam tahun, Pemuda tidak mempunyai apa-apa aktiviti kerana Khalid tidak pernah menghiraukan tentang pemuda,” ujarnya. ~fmt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.