Followers

Friday, August 22, 2014

YB Nurul Izzah yakin dengan kebolehan ibu sebagai MB...... OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Photo: YB Nurul Izzah yakin dengan kebolehan ibu sebagai MB......

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 22 August 2014

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yakin ibunya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi menteri besar Selangor yang lebih baik.  

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yakin dengan keupayaan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, menjadi menteri besar Selangor kerana dia seorang yang berkebolehan menunjukkan sikap empati.

Anak sulung Dr Wan Azizah itu berkata, ibunya amat memahami perasaan orang lain dan kelebihan itu akan membolehkannya mendengar masalah rakyat Selangor.

"Sikap empati tu penting, ini adalah kualiti terpenting bagi saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita PKR di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat akan bermesyuarat kali kedua membincangkan proses menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar pagi ini

"Pertemuan Pakatan Rakyat kedua akan berbincang daripada segi prosedur seterusnya," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kredibiliti ibunya tidak perlu dipertikaikan selepas presiden PKR itu menerajui parti sejak 1999.

"Bagi kami masa untuk buktikan," katanya.

Beliau turut menepis pandangan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengatakan PAS tidak bersetuju pemimpin wanita sebagai calon menteri besar, tetapi 'terpaksa' menerimanya atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam tahaluf siyasi perbincangan PR, tentunya dalam mana-mana organisasi, kepelbagaian (pendapat) ini normal. Yang penting, keputusan mutakhir pemimpin tertinggi yang memutuskan dasar," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah dalam ucapan perasmian Kongres Wanita PKR pagi tadi berkata, tidak ada salahnya wanita menjadi pemimpin selepas PKR membuktikannya melalui kepimpinan Dr Wan Azizah.

"Kita hairan mengapa sehingga ke hari ini, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang menganggap wanita selaku pemimpin dan ketua itu suatu yang asing dan 'taboo'.

"Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan hujah agama bagi menghalang wanita daripada terus memimpin," katanya.

Katanya, agama juga tidak menghalang wanita menjadi pemimpin, malah sejarah membuktikan wanita turut mempunyai pengaruh besar mencorakkan pembentukan negara pada hari ini.

"Jelas bagi umat Islam, apa yang penting bukanlah gender dalam isu kepimpinan, tetapi isu apa yang mereka bawa bersama-sama dalam perjuangan," katanya. – 22 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nurul-izzah-yakin-ibu-mampu-jadi-mb-lebih-baik-berbanding-khalid#sthash.YiXq12w8.dpuf Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yakin ibunya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi menteri besar Selangor yang lebih baik.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yakin ibunya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi menteri besar Selangor yang lebih baik.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yakin dengan keupayaan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, menjadi menteri besar Selangor kerana dia seorang yang berkebolehan menunjukkan sikap empati.

Anak sulung Dr Wan Azizah itu berkata, ibunya amat memahami perasaan orang lain dan kelebihan itu akan membolehkannya mendengar masalah rakyat Selangor.

"Sikap empati tu penting, ini adalah kualiti terpenting bagi saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita PKR di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat akan bermesyuarat kali kedua membincangkan proses menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar pagi ini

"Pertemuan Pakatan Rakyat kedua akan berbincang daripada segi prosedur seterusnya," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kredibiliti ibunya tidak perlu dipertikaikan selepas presiden PKR itu menerajui parti sejak 1999.

"Bagi kami masa untuk buktikan," katanya.

Beliau turut menepis pandangan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengatakan PAS tidak bersetuju pemimpin wanita sebagai calon menteri besar, tetapi 'terpaksa' menerimanya atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam tahaluf siyasi perbincangan PR, tentunya dalam mana-mana organisasi, kepelbagaian (pendapat) ini normal. Yang penting, keputusan mutakhir pemimpin tertinggi yang memutuskan dasar," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah dalam ucapan perasmian Kongres Wanita PKR pagi tadi berkata, tidak ada salahnya wanita menjadi pemimpin selepas PKR membuktikannya melalui kepimpinan Dr Wan Azizah.

"Kita hairan mengapa sehingga ke hari ini, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang menganggap wanita selaku pemimpin dan ketua itu suatu yang asing dan 'taboo'.

"Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan hujah agama bagi menghalang wanita daripada terus memimpin," katanya.

Katanya, agama juga tidak menghalang wanita menjadi pemimpin, malah sejarah membuktikan wanita turut mempunyai pengaruh besar mencorakkan pembentukan negara pada hari ini.

"Jelas bagi umat Islam, apa yang penting bukanlah gender dalam isu kepimpinan, tetapi isu apa yang mereka bawa bersama-sama dalam perjuangan," katanya. – 22 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nurul-izzah-yakin-ibu-mampu-jadi-mb-lebih-baik-berbanding-khalid#sthash.YiXq12w8.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.